klik klik !

14 March 2011

AKU TAKDE AYAH !

HYE YAYAH !


Hari nie tajuk entry aku "AKU TAKDE AYAH !" upps ,upps .bhenti benti !bukan aku takde ayah ye .aku ade ABAH yg sgt hensem .^_^ tapi tajuk entry je camtu .huhu ,


mcm ni citenye ,tadi aku jenjalan lah singgah blog2 org ,sekali terserempak gn blog gadisterbilang nie .aku tak kenal die & die pun tak kenal aku .tapi yg aku tawu die ni mesti pmpuan .hehe ,pusing sane-sini sekali aku terbace satu entry lam blog die nie tajuknye "AKU TAKDE AYAH!" .aku pun terus lah bace...bace punye bace ,MATA aku yg berCAHAYA nie tetibe ade air .aikk ,ape ni ?air tu mgalir tak henti2 pulak tu ,smpai kan lobang hidung pun join mgalir air same .ngeh3.sehh..sehhh...tersengguk2 aku lap mata gn lengan baju ,dah lah abah tgah ngadap lappy kat meja makan ,nasib bek abah tak pandang .T_T .korang bace lah wehh ,bace smpai habis .cite die memg panjang sikit ,ehh bukan sikit ,pnjang banyak .huhu .tapi bace jugak !takire..bace taw ?-_- 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
AKU TAKDE AYAH.
Posted by GadisTerbilang | Posted on 6:09 AM |



Aku takde ayah. Since 2007 yang lepas. Mase aku nak amek periksa! Mase aku nak exam* Sebelum sem tu (da whole sem before die tinggalkan aku), aku jage die kat HKL. 1 sem!

Aku tak taw bile die sakit. Mak tak bagi taw kat aku. Sebab mak tak nak aku risau. Yee... Aku anak manje. Paling manje skali ngan abah aku. Sikit-sikit merengek nak itu nak ini. Laptop ni pon mase aku mule-mule masuk U, aku tipon abah kat nak laptop. Abah senang-senang je bagi duit. Mase tu orang laen xde laptop pon lagi. Harge laptop keluaran baru nak dekat 3k. Baru je keluar Presario V3000 tros aku sapu! Tak pikir harge die makin lame makin turun skunk da seribu lebeyh aku pkir aku nak laptop je. Selfish!

Mule-mule mak inform kat aku pasal abah, aku terkejut. Teros aku balik Temerloh tengok abah. Percaye atau tidak aku tak kenal ayah aku sendiri. Muke die lain, kurus... tinggal rangke ngan tulang. Ayah aku bukan macam tu... Ayah aku gemok, berisi, kuat, badan berketul-ketul, semangat... Tapi bile die sakit, bahana perbuatan dengki orang, abah aku jadi macam tu.

Mase die sakit, die tak kenal sape-sape. Even mak aku sendiri. Langsung takde sape yang die kenal. KECUALI AKU. Mase aku datang kat katil hospital, die nampak aku and angkat jari die. Tunjuk aku. Jatuh air mate aku serta-merta. Aku tanye kenape abah jadi macam ni...? Die tak boleh bercakap* langsung! Mate penuh dengan selaput, jadi kelabu mate hitam die. Semua orang sedih, menangis tengok die. Tapi die nampak hepi bile nampak aku. Sebab aku orang paling rapat dengan die.

Hari tu jugak aku jage die, aku tak bagi mak aku stay kat hospital sebab mak ade darah tinggi. Aku pulak rindu kat abah. Sebab dah lame tak bermanje ngan abah. Malam tu serta-merta abah sihat. Esok pagi abah dah boleh bangun. 1 wad semua pelik. Semalam abah aku macam dah nazak, bernafas pon tercungap-cungap gune oksigen lekap kat mulut, tapi lepas aku jage, abah dah boleh bangun jalan-jalan, borak-borak, and gelak-gelak dengan aku. Sume orang kate "penangan anak bongsu" "bile anak kesayangan balik, terus Pak Aji sihat". Semua orang tegur layanan yang aku bagi pade abah. Cine seblah pon bagi thumb ups! Aku cume boleh senyum pade die.

Bile aku takde, abah terus jatuh sakit. Terkejar-kejar aku jage die ganti mak setiap minggu dari UKM mase tu. Kalau aku takde, macam mane ngan abah? Kalau aku takde, abah tak nak makan. Kalau aku ade, aku tanye ape die nak makan sume mende die mintak. Kalau die tak nak makan plak, aku pon tak nak makan. *merajok* at last die mengalah and kitorang makan same-same. Sumenye kongsi same-same. Abah makan, aku makan. Main suap-suap!

Bile die pening, die nak aku pegang tangan die. "Tangan adik lembut macam kapas, kalau adik pegang abah ilang sume sakit abah". Ok abah memang manje dengan aku. Bile abah dah dituka kat HKL sebab nak kene bedah, makin kerap aku pegi jage abah. Berganti dengan mak. Sikit pon aku tak kesah tidur kat wad lelaki. Semua orang senang dengan aku. Semua orang suke tengok aku layan abah aku. Lap badan and bersihkan die tiap-tiap pagi, gosok gigi, mandikan, tukar lampin, semua aku penah buat.

Tapi lepas pembedahan, abah makin kritikal. Dah tak nampak mane-mane chances die boleh sihat macam dulu lagi. Sebelum bedah die boleh berjalan, lepas bedah die jadi LUMPUH! Ape doktor ni...?! Amek air tulang belakang tanpa kebenaran! Terus abah jadi kritikal. Mentanglah abah aku dah tua, die buat abah aku macam test. Bahan ujikaji! Tapi abah sentiase redha.

Setiap darah yang dimasukkan dalam badan abah plak macam takde effek. Bergelen-gelen darah tapi doktor pelik, badan abah still kurang darah! Bile doktor xde, abah kate "abah tak buley trime darah orang lain... darah orang lain kotor". Well aku paham. Aku kenal abah macam mane. Memang darah die berbeza dari orang lain. In fact, abah kene buatan orang. Dah tentu darah tu sume kene balun ngan "malaun" tu punye belaan.

Abah redha lagi. Abah pesan " biarla orang tu nak buat kat kite... kite tak payah blas balik. Kalau kite balas, kite pon same macam die kan? Sumenye terserah pade Tuhan". Ok aku pegang kate-kate tu sampai sekarang. Dendam kat hati teros aku buang. Biarla! Tak gune bermusuhan. Pe yang Tuhan dah tentukan, kene redha... Abah pon langsung takde simpan dendam. Mase abah pergi pon, ngan care mudah and aku taw abah dah maafkan semuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuua orang!

Abah kene fitnah, abah bersabar. Semua orang yang khianat pade die, langsung die tak pernah ambil hati. Till one day aku berdoa kalau sampai mase abah "pergi" aku nak Tuhan tunjukkan kebenaran kate-kate fitnah orang lain yang cakap bad things pasal abah. And doa aku termakbul. Abah pergi dengan aman... sempat mengucap Kalimah Syahadah... mase kat kubur Tuhan tunjuk lagi rahmat Die. Hari panas terase betul-betul sejuk. Angin bertiup bukan macam angin biase. Semua ayam berkokok and hari tu ialah hari yang paling tenang aku and adik beradik dapat rase. Aku tengok awan, tak dapat aku gambarkan macam mane.

Malam tu pulak ialah malam yang paling sunyi. Rumah berbau wangi sentiase. And aku berkumpul dengan adik beradik kat beranda rumah. Then aku tanye kat akak aku ape yang die perasan kelainan pade malam tu. Die kate gelap... sunyi... bukan macam malam biase. Aku kate" nak taw sebab ape? Sebab malaikat sume turun lindung roh orang-orang yang beriman yang baru meninggal" Well aku bukan nak kate ayah aku alim or else. Da fact is, Tuhan akan tunjukkan RahmatNye and kebesaranNye atas tiap-tiap perkare yang terjadi. Untuk buat hambeNye berfikir wisely and lebih bersyukur. ;)

Now dah genap 3 tahun lebih abah takde. Hari ni aku berfikir, cukup ke semua doa and sedekah yang aku bagi pade die? Aku harap and berdoa die sentiase aman kat sane. Aku sentiase rindu gelak ketawe abah. Rindu bau abah, songkok abah, rindu nak mengusik abah time abah tidur, rindu nak kepitkan kuku abah, minyakkan and sikatkan rambut abah, buang uban, and makan same-same dengan abah. :,(

Al-Fatihah~
Aku tak bley tengok pic ni.
Sedey ***

P/s: Korang yang still ade mak ayah tu, hargai la dorang selagi sempat! Pergi pelok ciyom mak ayah kau orang pat!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bile bace cite kakak ni ,aku terpikir mcmane lah aku ,bila giliran abah tinggalkan aku ??
ya Allah ,banyak dosa aku kat abah .T_T .
abah ,akak syg abh sgt3 .akak akn ikut &dengar sume ckp abah .
you are the best father for me !i luv u more and more .muahh .:x
my sayang . <3

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*kalau cumey komen lah~ hehe XD
  terima kasih sudi baca ^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 comments:

ayen said...

kite akn hrgai seseorang bile dh xde..
so,,the moral is,,sntiasa la brsyukur sbb still ade mak bpk..

give 100% to them,,

btol x..??
acece,, reti plak ak brfalsafah...

Ainnur Afiffah :) said...

betul2 .
setuju sgt2 ,ayen .

skrg tgah ade hargailah diorg kan .
nanti nyesal tade gune dah .

ang memg dah pndai falsafah 2-3menjak ni .
haha .

nhaz hafek said...

ibu dan ayah sangat bermakna bg hidup stp org.walhal org yg knl ibu ayah sejak kecil pon slalu ttnye2 mane parent dorg. kasih sayang ibu dan ayah x tjangkau..kini sy terkilan..sy xsempat bhgiakan ayah...skg, spe2 je pcik yg bsaiz fizikal cm arwah ayah, aq akn pggil ayah...tp dlm ati je...rndu sgt nk pgil ayah...

Ainnur Afiffah :) said...

nhaz hafek : sabar ye .semua yg terjadi ade hikmah deisebaliknya .u'r right .kasih syg diorg sungguh besar harganya .;)