Tapi, lepas je aku sambung belajar.. Masuk UIA.. Hubungan aku dengan arwah dah makin renggang. Aku makin busy dengan assignment, study, class and meeting society semua. Aku dah takda masa untuk arwah. kadang-kadang sebulan sekali je aku jumpa arwah. Makin lama makin aku lupakan arwah. tsktsk jahatkan aku? T.T
Tetibe terkenang header lama dgn muka budak sekolah. Ewww
Maapkan aku Yayah . Dah bertahun tinggalkan kau tak berhapdet. Bukan dah bersawang dah belog ni tapi memang dah selayaknya korek tanah untuk dikebumi dalam-dalam. Ibarat dah matik. Matik kau taukk. *qalqalah sikit* Ibarat tak bernyawa. Aku taktau la mana pergi semangat menulis aku yg dulu. Hilang. Pudar hambar aaaaaaa T.T
Zaman dulu, dia punya eksaited nak menulis kat belog sampaikan hari-hari wajib satu entry. Ada je jari ni gatal nak menaip berjela-jela karangan bahasa melayu rosak aku ni. Semua benda rasa nak kongsi walaupon masa tu takda sapa yg baca belog aku pon. Hakhakhak =.=''
Tapi, berbekalkan keazaman and semangat wawasan 2020 aku yg rajin menulis and blogwalking akhirnya Yayah telah sampai ke satu tahap dimana entry aku dapat sambutan yg sangat ramaiii!! Korang nak tau, satu entry kadang dapat sampai BERATUS berpuluh komen dari macam-macam orang yg aku tak kenal. (member sekolah mana kire kan :p) And aku start aktif berbelog and jumpa kawan baru. Kami kongsi cerita and berminat dengan cerita memasing walaupon kenal melalui belog jer. Aaaaaaaaaaa aku rindu sangat zaman tu. >__<
Walau paling banyak pon setakat 20-30 komen jer tapi still WOWWWW!!! Jakun giler kot. Berbelog ni kan bila kau dapat respon or komen dari orang dia punya feeling macam dapat bayaran $$$$ tau tak. Seronok sangat. Rasa mcm WOIII ADA ORANG BACA APA AKU TULIS WOII! haa gitu dia punya kera terkinja-kinja.
Sorry la over sikit. Okla banyak. Tapi serius la syiok dia ibarat masuk surat kabar la senang cite. Tapi masa tu jela. Malangnya, sekarang ni dah dengan fesbuknya, twiddernya, stegremnya. Hahhh habis dilupakan belog Yayah yg pernah berjasa ni. Kesian kau yayah. Ibarat habis madu tonton sepah di astro. Eh.
"Eleh org komen beratus kat belog aku tapi tak la jakun macam minah ni.. Over je lebih."
Sorry la over sikit. Okla banyak. Tapi serius la syiok dia ibarat masuk surat kabar la senang cite. Tapi masa tu jela. Malangnya, sekarang ni dah dengan fesbuknya, twiddernya, stegremnya. Hahhh habis dilupakan belog Yayah yg pernah berjasa ni. Kesian kau yayah. Ibarat habis madu tonton sepah di astro. Eh.
Dah la, aku kalau menulis esok tak habis. Kalau datang semangat aku akan mula menulis balik! *terkembang hidong sedut semangat*




