klik klik !

22 November 2012

Fasya, jangan baca post ni~!!! *eh


"kau budak law eh?"

Ayat pertama yg muncul dari mulot fasya sambil memcabot stokin harum semerbaknya sbb baru balik dari sesi orentasi. termenggah2 hah hah hah hah dia berpeluh menitik2 ke lantai, penat agaknya naik tangga sampai tingkat 3. aku yg baru je habis register & baru je menjejakkan kaki ke uia ni terus terpinga-pinga kene sergah dgn soalan gitu. yela, biasanya bila baru masuk mesti la kita ber-saya-awak-nama-apa-oh-asal-mana sembang suwit2 cenggitu kan. baru kenal kan, ni dia tetibe je terus sesempoi hatik tegur gitu.

"hah? errr...haah.." jawab aku tergagap2 dlm hatik luar hatik macho la jugak. tanak kalah.

Masa mula kenal fasya ni..aku eja nama dia FASHA. pastu satu hari, putri ternampak aku save num fasya dlm contacts phone as "FASHA" and suruh aku tukar. 

"weii..nama dia f.a.s.y.a la. bukan h. nanti dia marah kau kang..baik kau tukar."

Terus sepantas kilat aku tukar. dlm hatik risau plak kene sound dgn awek noghori sombilan tu. heh

Mula-mula aku kenal si fasya ni, apa yg aku pikir dia ni jenis otai, selambe, kerek. so masa tu aku mcm fikir 
"xboleh main2 dgn dia ni.."

So, aku mcm cube keraskan hatik & tabahkan jiwa & machokan muka bila gn fasya. hahaa. sebab aku sebenarnya tak pernah & tak biasa guna aku-ko, *sekolah dulu biasa aku-ang je. and aku jenis yg xmudah rapat & tak terus tunjuk perangai huduh aku dgn org baru, tapi sbb fasya jenis selambe yaya so aku pun bajet wow dude, long time no see~ mcm memg kami ni kawan dah berpuloh taun. hoho. baru masuk dah sembang bagai nak rak. gelak kikikikiki tak tido2 sampai jiran tetangga semua ingat kiteorg ni senior dah gelak huha huha mcm memang lahir2 tinggal situ je. yela, org lain mcm baru nak biasakan diri dgn tempat baru..kitorang dah buat mcm rumah sendiri.

Tapi, that was a good thing actually..aku jadi cepat selesa dengan tempat baru walaupun aku nangis 1st day tu. *hihi* and cepat je rapat gn fasya & putri. walaupun baru masuk and aku sorang je pendatang asing dgn izin di antara fasya & putri yg memg kawan since sekolah tu..diorg layan aku sama gile, same biul, & mcm kitorang ni memang geng bertiga sekian lama. diorang takde la zalim pinggirkan aku sengsorang. heh

Dan selama aku kenal fasya. actually..dia lembut sebenarnya..serius. mgkin ade org kata dia "nampak" sombong, masam, selambe. tapi kalau kau kenal dia betul2 dia sbenarnya pemalu and caring. *awwwwwwww...sho shuwet la ayat ai. hehehe.

ok serius.

Fasya yg aku kenal dah makin lady-like. :P hihi. "boleh kawen dah..." kata makcik kepada makcik kwn mak fasya. haha. tapi, dia memg baik sgt, dia jaga hati kwn dia, dia suwiiiittt dgn kwn2 dia, dia caring pasal kwn2 dia, dia cepat kesan perubahan kwn2 dia and byk ah lagik. aku selesa je dgn dia..nak cerita share apa pun mcm ok je. 'mcm' ok. eh takde, memang ok pun. haha. dia paham jokes aku yg level tahap maharaja lawak tu walaupun kebanyakannya mcm bodoh. heh

Walaupun aku salu buat benda yg memalukan dia takde la suruh aku stop and behave ainnur behave. dia gelak aku buat lawak! HAHA. at least aku tak syok sendiri. dia tak judge aku selambe yaya and dengar semua cerita aku. dia mungkin kenal & tau lebih pasal aku dari apa yg aku cerita kat dia tapi dia takpena tanya. *aku tau. hihi* dia paham org la. dia tak memaksa dan jenis yg memahami. hew~ hew~ hew~

Jadi, itu la sedikit sebanyak yg aku dapat huraikan pasal fasya. kesian, terima kasih.

(> ” ” <)
( =’o'= )
-(,,)-(,,)- miaww miawww~ tumpang lalu. *tetibe 

Erm...err 

Anyway, thanks wei sebab terima aku jadik kawan kau. or terpaksa terima. huhuk *ayat melankolik. erm, thanks sebab terima apa je yg aku cakap, cerita, bebel and pape jela. thanks sebab jadik kawan yg best sgt!  thanks bagik aku bear merah menyala tuuu. heheh. thanks caring pasal aku. thanks bagik aku makan. haha. *tu yg penting* hmmm..thanks utk semuanya la. byk sgt kau buat dah.


satu ayat je utk thanks semua2 ni.

Aku sayangggggggggggggggggggggggggggggggggggg sangat kau fasya. 

Aku harap sgt bila kau dah berambus g kuantan nanti kita still contact la ye. boleh je nak gather ngan korang lagik, bila korang balik somban aku boleh je dtg. yela, kuantan tu entah bila la aku nak dtg. setakat somban tu gigih lagik la lrt-ktm kan ade~ sg. gandut ke sg. gadut ke sg. gendut tah nama tempat kau tu. heheh. sesuai. eh.

emmmm..ehem. nak nyanyi sikit la.


Allah selamatkan kamu~ 
Allah selamatkan kamu~ 
Allah selamatkan Nur fasyareena~ 
Allah selamatkan kamu~!!!! 

Happy birthday Fasya mon mon~!! tel tel~! (≧◡≦) 



Aku doakan kau bahagia, berjaya dunia & akhirat. dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat, dipermurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh *berkat fasya berkat. haha* ditabahkan hati menempuh segala onak duri dan cabaran bila aku takde disisi kau. dilapangkan dada utk menuntut ilmu, ditingkatkan iman & amal dan semoga kita sama-sama pimpin tangan ke syurga. amin~!!!! 

_________00000000000___________000000000000________
______00000000_____00000___000000_____0000000______
____0000000_____________000______________00000_____
___0000000_______________0_________________0000____
__000000____________________________________0000___
_000000_____________________________________ 0000__
_00000______________________________________00000__
_00000_____________________________________000000__
__000000____________I LVE YU_____________0000000__
___0000000______________________________0000000____
_____000000____________________________000000______
_______000000________________________000000________
__________00000_____________________0000___________
_____________0000_________________0000_____________
_______________0000_____________000________________
_________________000_________000___________________
___________________000_____000_____________________
______________________00__00_______________________
________________________00_________________________

huhh..penat aku warna leb-leb  ni jadik merah~ heheh. 

Muah muahhhhh~!!!! cium pipi. haha. jangan marah jangan nangis tau aku wish lambat. hee..saje. tanak buat same je, so inilah hasilnya~~~~ haha =P 

13 November 2012

hepi anniversary ツ

HYE YAYAH !

Alhamdulillah..harini 13/11/2012 genap doploh tahun anniversary aku eh anniversary parents aku. woahhhh..20 wehhh dua.puloh.  jangan main2 eh. =D ibu dgn abah kawen umur 23 so, diorang dah 43 tahun~!!!! huhu. takpe, masih muda. eheheh



see? I've told you. ibu and abah masih muda. sweet forty-three gitu. hihik =D biasa lah keturunan kami memang semua awet muda. wahaaaa *masuk bakul angkat sendiri.

Abah & Ibu, 

Happy anniversary~!!! sorry for the late wish. ayung ingat tarikh 13/11 tapi ayung terlupa yg tarikh tu TODAY! bila tgk date kat desktop lappy baru terkejut beruk arnab comey gitu haaaa.. so, disebabkan ayung tak dapat jadik orang first yg wish. so i wanna be the last one. (≧◡≦) sebab mostly orang remember benda yg first and last kan. heheh. but I know, apa-apa pun both of you will always remember me. mestila sebab ayung anak yg first. HAHAHA. nampak tak permainan nombor kat situ?

ok, dah start merepek. (-’_'-)

ibu tak ready. hihi

Abah & Ibu, 

Terima kasih yg tak terhingga dari awal ibu & abah dapat berita yg ibu mengandungkan ayung sampai lah dah berlemak besar sekarang. thank you so muchh!!!!!!! ayung tak tau nak balas macam mana. ayung cuma dapat berikan the best yg ayung termampu lakukan as your daughter. walaupun ayung selalu kadang2 kuat merajuk or sensetif terlebih..abah & ibu tetap layan kerenah anak mu yang mengade2 ini. huhuk.

Abah & Ibu, 

halalkan makan minum ayung. ampunkan semuaaaaaaaaaaaaaaa dosa2 ayung pada abah & ibu. sengaja ke tak sengaja ke, whatever I did wrong..I really don't mean it and ayung menyesal sgt dgn apa yg ayung pernah buat dulu2. I'm such a bad daughter kan? (╥_╥) I'm so sorry. please forgive me (✖╭╮✖)

Abah & Ibu, 

Ayung doakan semoga Allah ampunkan segala dosa2 kalian. semoga Allah berikan kejayaan & kebahagian di dunia & akhirat. semoga Allah lapangkan diri dari tipu daya & muslihat manusia, lapangkan dari hutang, lapangkan dada, lapangkan hati & fikiran, dan permudahkan segala urusan di dunia & di akhirat. semoga Allah berikan abah & ibu kesihatan yg baik. semoga Allah permurahkan rezeki dunia & akhirat. semoga Allah berikan abah & ibu ketenangan & hidup dlm kasih sayang kerana Allah. semoga Allah limpahkan sepenuh keberkatan dlm hubungan perkahwinan ni. semoga Allah sayangi, rahmati, berkati & sentiasa biarkan hidup abah & ibu dalam hidayahNya. semoga Allah sentiasa tunjukkan jalan yg lurus, sentiasa dlm Islam dan sentiasa hidup memperjuangkan Islam. Allahuakbar! =)

Abah & Ibu, 

IBU AND ABAH IALAH PARENTS TERBAIK DI DUNIA & AKHIRAT. I LOVE YOU SO MUCH~!!!!!! UHIBBUKUM FILLAH. ❤‿❤

This is my heart. hehe.

……..@*@*
….@*……..@* …………………………@*
..@*……………@* ………………@*……..@*
.@*……………….@*……….@*……………..@*
@*…………………..@*…@*………………….@*
@*………………………*……………………..@*
.@*…………………………………………….@*
..@*………………………………………..@*
….@*…………………………………..@*
……..@*…………………………..@*
………..@*……………………@*
…………….@*…………..@*
……………….@*……@*
………………….*..@*
……………………@
……………………*
……………………@
……………………*

yap tukang tangkap gambar. hee




09 November 2012

Nawal Jes dan Sepatu =D

HYE YAYAH! 

Aku taktau since when aku minat dress shoes @ flat shoes, tapi aku baru perasan memang mostly kasut aku jenis camtu. maybe disebabkan aku ni tak suweet sgt jadi at least aku nak kelihatan suweeetttt la bila jalan kan. wahahaha. tapi serious, aku terasa mcm manis and comel plak bila pakai kasut reben2 manik ni. terasa diriku begitu berharga~!! muahaaa. =D 

So, aku gugel lah sampai terserempak dgn satu minah ni namanya  Nawal Jes. aku ingatkan minah salleh mana la sekali rupanya minah Malaysia daaaaa~ ceh. tapi cun gak design kasut yg dia buat. aku paling minat flat shoes dia la. simple je manik2 dia. tak la penuh merelip sgt, just nice bak kata omputeh. heheh. 

The Pink Battle 

Tolong la belikan untuk aku ye inche future. wahahaha. *tak malu* 

And ni semua design NJ yang lain : 

The Gold Shoe

Princess'H

naAdira
tapi yg ni mcm over crowded sgt. geli plak tgk dah mcm kurap je. *maap NJ=P

RowenNa

ni pun wedding shoes. lawa weh. >....<  tapi, kalau aku kawen aku tetap nak kasut flat jugakkkkk.heh 


Nude A' Snake
ni diperbuat daripada texture kulit ular. nampak sexy youuuu~~!!!! aww wuhuuu. 

Minnie gone bad

Ekceli tak semua kasut NJ ni aku minat, tapi saje tayang kat korang. *ade ke lagik org singgah belog aku pon -..-' 

Tapi, kalau aku kawen..aku nak inche future belikan kasut flat shoes yg suweett2 gitu. hew hew. *gedik* tanok yg heels, kaki aku patah kalo pakai kasut tinggi. haha. haritu aku beli carlo rino yg tinggi tak sampai 2,3 inci pon tumit aku dah sakit. taubat nak beli weh! taubat! 

wohooooo~!!

taktau nape aku suka dgn combination warna die. heh 

warna brown ni pon lawa. tapi, ada tumit.. T.T carlo rino aku tu mcm ni la tapi warna merah. 

I loikeee kasut berkilat. ngeh3~

corak bunga2 camni pon lawaaaaaa  >__< 

Haihhhhhh..sejak bila aku giler kasut ni?? ainnur ooo ainnur~ dah pandai erk. ish ish ish. dulu kasut crocs pon jalan je, sekarang ni memilih betol. -..-' terasa kedewasaan plak bila cakap pasal benda2 cenggini. erghh. dah la nak masuk doploh taun. waaaaaa!!! i hate number two. nak stay sweet nineteen bleh tak? huhuk. 



25 August 2012

Selamat seMinggu Raya!

HYE YAYAH !

AMARAN! AMARAN! 

 entri kali ini banyak berkale merah. saya ulangi M.E.R.A.H. namun harus diingat, entri ini tiada kaitan dgn politik, masalah negara, agama, kaum mahupun warna rumah anda ataupun warna baju raya anda. eh, baju raya aku merah la. 

err.... 

Ok. stop it ainnur.

So....berbalik kepada tajuk kita sebentar tadik. so....kenapa bukan selamat HARI raya? so.....muehehehe. so...sebabnya aku nak wish kat korang serentak seminggu ni celebrate hari raya kemain kan. memang la dah lambat, sebab 6hari yg lepas aku celebrate raya tak hingat apa pun. hilang ingatan terus aku. yg aku ingat baju raya and kasut raya. keh keh keh. merah nyahh~ *tak habeh2. =='

*err jap2, sape taun ni warna merah hatik gak? muehehe.

ammar saje buat muka nak tido bila aku ajak tangkap gambar. cehh =='

SELAMAT MERAYA KAN DIRI ANDA. ^o^

•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•
::: (\_(\ …*…*…*…*…*…*…*…*…*…*…*…*
   *:  (=’ :’) :::taqabbalallahu minna wa minkum:::
•.. (,(”)(”)¤…*…*…*…*…*…*…*…*…*…*…*
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸

Anas bin Malik berkata, ada 5 erti Hari Raya yang sebenarnya: 

1. Hari yang dilalui oleh mukmin yang tidak dicatit padanya dosa-dosa.

 
2. Hari yang keluar dari dunia ini (mati) dengan membawa Iman, dapat mengucap dua kalimah syahadah dan   terpelihara dari tipuan Syaitan. 


3. Hari yang dia berjaya menempuh Titian Siratul Mustakim dengan aman, selamat daripada huru, selama Qiamat dan terlepas dari seksaan Malaikat Zabaniah. 


4. Hari yang dia masuk ke dalam Syurga dan aman (terpelihara) daripada Neraka Jahim. 


5. Hari di mana dia dapat melihat Zat Tuhannya.



Yg mana satu hari raya kita? 

wallahu'alam. 
renung-renungkan dan 
selamat beramal! 



Hari Raya kita yg "sebenar" di syurga nanti! ♥ 



...:•♥•.¸¸.•♥.Kullu 'am wa antum bikhair.♥•.¸¸.•♥•.¸:..

raya ke-5 dan 6 di cameron. weee~ >.< 


P/s : jangan lupa puasa sunat! kbai =P



07 August 2012

8 kepala berharga RM208.00. =O

HYE YAYAH !

Haaaaa..apa yg rm208 hingget untuk 8 kepala? 8 kepala ayam ke? tapi, ayam apa mahai bebeno. ayam kepala emas? ohhh tidak tidak. ini 8 kepala terbaik dari ladang yg paling baik di Perak. takkan dapat kat mana-mana kedai runcit,supermarket,shopping complex,rumah jiran,mahupun dirumah² berdekatan. ini limited edition punya kepala. barang baikkkk punyaaaaa. muahahaha.

Dgn segala hormatnya dipersembahkan, kepalaaaaaaa........


yeahhhhh kepala.....................erk, eh bukan bukan. bukan kepala paip. =='

dipersembahkan 8 kepala...eh, 7 kepala je. satu lagik kepala tangkap gambo.

Haritu kiteorang plan last minute ekceli nak iftor sesama. and like always yg last minute tu la yg menjadik kan. haha. walaupun pada mulanya pelbagai ujian & dugaan akhirnya kami dapat berkumpul bertemu bersatu di Restoran Simpang Tiga. yeah, memang GRAND IFTOR la kali ni. ingat nak pigi kedai tepi-tepi jalan tu je. sekali kau hambekkkk liyana benti depan restoran endon. 

pelayan endon dia hensem² wooo

"ikhlas dari kami warga indonesia" wahaha

disebabkan kami 8 kepala, we choose number 8!! =D

sebelum berangkat mengaut makanan yg ada. buffet la katakan. apa yg ada kau wajib hambik. makan tak makan belakang cerita. hahaha

nasik akuh. wahahaha.

baiklah sekarang, sedikit demi sedikit makanan di ambil memenuhi meja......

meja semakin penuh...... 

semakin penuh ye..

posing sambil berlumba-lumba ambik makanan~

sedang menunggu giliran ambik makanan. sian kene jaga meja. wahahaa

yeahhh dan akhirnya meja dah penuhhhh! =D
haaaa kau tengok la makanan utk stok perut sampai sahur ni. buncitt perot~

nata de coco!!! 
yg ni salad buah dia bapak giler3 sedap. pat lima nam mangkuk aku telan

nampak tak muka kenyang di situ? =P

ni adik Liyana; kawan aku. dimana ada Liyana, memang adik dia akn menyibuk. =P

selosai makan. erkkkkkk~ konyangggg

ini semua hasil buangan kami. HAHA

PAMERAN HENPON 
henpon Liyana, henpon aku, henpon aku, henpon mai, henpon aku. eh. 3num =P 

memang saje susun ikut ketinggian. Farhana bangga je paling tinggi. puihhh =='

masa untuk bayarrrr~ $____$

kcinggg kcingggg duit melayang. fffffuhhh~

Alhamdulillah, dapat jugak iftor sesama taun nie. lepeh ni kite konvoi beraya sesama pulak ek? aku dah beli baju raya dah. waahahaha. *eksaited* but bukan eksaited nak raya sgt pun, just rasa seronok bila dpt kumpul balik mcm dulu. rinduuu giler la nak sakai sakan dgn koranggggg. miss ya! muaaahhh! :-*

29 July 2012

Tajuk apa nak letak supaya korang baca entry ni ek?

HYE YAYAH !

Hohoi, hai manusia sekalian alam~ dah kenyang melantak berbuka tadik? berapa pinggan nasik kau lahap? balik terawih moreh melahap lagik. huishh...kot ye pun nak qada mkn sebab puasa tadik, sikit2 sudah la brader mother. kau punya perut tu bukannya belon bila tiup makin besar. belon pun boleh meletop kalau besar sgt tauu. simpan lauk-pauk tu, makan bangun sahur kang ek? at least kau bangun sahur dpt pahala. drpd kau tidur dgn perut kembung tu terus sampai subuh apa dpt? buncittt je ada~ amma!


Eh, nii ada satu teka teki. sapa cerdik lagi bergeliga sila jawab kuat-kuat yek? eheh

Erm, apa 2 nikmat yg sering manusia lupa?

Haaaaa..jawab jawabb. err..apa? makanan? memang itu je benda yg kau ingat bila bolan puasa ni kan. =.='

Nikmat yg sering kita lupa adalah : 
1. nikmat sihat 
2. nikmat masa lapang. 

Aku konpem, mesti ramai yg dok ngadu penat, tak bermaya, kurang bertenaga, mengantuk semedang masa bulan ramadhan ni. alasannya.."aku puasa weh..mesti la penat.." bila balik je sekolah, class, kerja..terus je terlentang terkangkang berdengkur krohh krohhh kepenatan. nampak tak? nampak tak kualiti umat Islam skang camane? 



Korang tau kan zaman nabi dgn para sahabat dulu, diorang akan berpuasa bila nak pergi berperang. woih, berperang woi bukan pi belajar ke kerja ke yg dok letak ponggong nganga je dlm econ tu haaa..ni nak pi taruh nyawa ni tapi dok puasa lagik. malam tu siap qiam tahajud lagik. kita alasan kelas la kerja awal pagi xdapat nak bangun awal sikit utk tahajjud. setakat 2rakaat pun xsempat? adoiiii..berat weh =P

Then bila ada masa lapang sikit, asyik melayan fesbuk, twitter, utube, belog and benda-benda lain yg tadak paedah ni. konon la dok online nak bukak page islamik, komen benda2 islamik, post nasihat-nasihat semperna bulan ramadhan tapi diri sendirik dok lagik hadap pc tak berkelip dari subuh sampai subuh esoknya. kot nak online pun berpada-pada la. =D


Masa tu sebenarnya sentiasa ada, tapi kita yg selalu membuang masa. kita kurang bijak menggunakan masa. lepeh tu mula la bising, tak sempat nak siap kerja la, esaimen tak habeh buat la. memang la tak cukup kalau dah merabun dolpohlima jam hadap pc tu je. at least bulan ramadhan ni, kurangkan la melayan benda2 ni. banyakkan berzikir, niat biar nak khatam quran dlm bolan ni. kumpul pahala byk2 yek.


Jangan la bila tengok amalan kita bulan ramadhan ni..tak ada beza pun dgn bulan2 yg lain. adeh


"woih...mesti la ada beza. bulan ramadhan ni aku puasa hari2 kot. bulan2 lain mana ada.." 

Muahaaha. kau buat lawak ek? kesian org2 yg hanya nampak bulan ramadhan ni cuma "bulan puasa" yg menahan lapo haus & dapat penat je. lain? yelek pocekammakecekolekotepurihemesitekpekyek~


Kenapa kesian? sebab dia taktau apa fadhilat & kelebihan sepanjang bulan ramadhan ni. masya Allah..bayangkan tunaikan yg sunat ganjarannya pahala fardu, tunaikan yg fardhu? ya Allah..ditambah 70x ganda pahala. kalau berjemaah dpt 27ganda kali pulak 70x dah berapa ganda dah tu? haa kira sendirik. tapi, masalahnya kita...sibuk tang lain. sibuk kejar dunia daripada kejar Ramadhan yg dtg hanya setahun sekali ni. sibuk nak kejar berniaga sampai tak pi terawih, sibuk pi bazaar borong segala mcm jenis makanan. kalau kedai tu makanan, dgn kedai2 sekali angkut beli nak berbuka.


Tapi..kalau la kita ni sedar, mesti kita nak semua bulan2 sepanjang tahun adalah bulan ramadhan. biarla puasa sepanjang tahun pun, sebab tak dapat nak gambarkan betapa besarnya ganjaran & nikmat yg Allah bagi masa bulan ni. =D

"beruntunglah mereka yg sedikit..."

Memang betoi! sikit je orang yg terkejar2 pahala & ganjaran dlm bulan ramadhan ni. dan ramai lalai, lupa & taktahu yg mereka tergolong dlm kalangan org2 yg rugi. ish ish ish..na'uzubillah..


Ha, ni ada satu analogi mudah.

Korang kalo masuk lumba lari, mesti penat kan. tapi..kalau masuk lumba lari tu dapat hadiah hamper, pingat`, siap duit lagi..kita akan pikir penat tak? kalau penat pun rasa berbaloi kan. sebab walaupun kita usaha sampai separuh nyawa termengah2 lari sampai xcukup tanah, kita dpt mcm2 ganjaran.

Haaa..mcm tu dlm bulan ramadhan ni. walaupun maybe korang rasa penat sikit sebab puasa ni, tapi ingat la..yg ganjarannya besar sgt. rebut la peluang ni sementara masih ada. ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa....... 

P/s : oi ayam turkey, balik sekolah pi tolong ibu kat dapur. jangan naik bilik terus tak keluar2 sampai bukak pose. kesian ibu. *iklan rumah tangga*
<ini semua teguran untuk diri sendirik juga> =D

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)