HYE YAYAH !
Hohoi, hai manusia sekalian alam~ dah kenyang melantak berbuka tadik? berapa pinggan nasik kau lahap? balik terawih moreh melahap lagik. huishh...kot ye pun nak qada mkn sebab puasa tadik, sikit2 sudah la brader mother. kau punya perut tu bukannya belon bila tiup makin besar. belon pun boleh meletop kalau besar sgt tauu. simpan lauk-pauk tu, makan bangun sahur kang ek? at least kau bangun sahur dpt pahala. drpd kau tidur dgn perut kembung tu terus sampai subuh apa dpt? buncittt je ada~ amma!
Eh, nii ada satu teka teki. sapa cerdik lagi bergeliga sila jawab kuat-kuat yek? eheh
Erm, apa 2 nikmat yg sering manusia lupa?
Haaaaa..jawab jawabb. err..apa? makanan? memang itu je benda yg kau ingat bila bolan puasa ni kan. =.='
Nikmat yg sering kita lupa adalah :
1. nikmat sihat
2. nikmat masa lapang.
Aku konpem, mesti ramai yg dok ngadu penat, tak bermaya, kurang bertenaga, mengantuk semedang masa bulan ramadhan ni. alasannya.."aku puasa weh..mesti la penat.." bila balik je sekolah, class, kerja..terus je terlentang terkangkang berdengkur krohh krohhh kepenatan. nampak tak? nampak tak kualiti umat Islam skang camane?
Then bila ada masa lapang sikit, asyik melayan fesbuk, twitter, utube, belog and benda-benda lain yg tadak paedah ni. konon la dok online nak bukak page islamik, komen benda2 islamik, post nasihat-nasihat semperna bulan ramadhan tapi diri sendirik dok lagik hadap pc tak berkelip dari subuh sampai subuh esoknya. kot nak online pun berpada-pada la. =D
Masa tu sebenarnya sentiasa ada, tapi kita yg selalu membuang masa. kita kurang bijak menggunakan masa. lepeh tu mula la bising, tak sempat nak siap kerja la, esaimen tak habeh buat la. memang la tak cukup kalau dah merabun dolpohlima jam hadap pc tu je. at least bulan ramadhan ni, kurangkan la melayan benda2 ni. banyakkan berzikir, niat biar nak khatam quran dlm bolan ni. kumpul pahala byk2 yek.
Jangan la bila tengok amalan kita bulan ramadhan ni..tak ada beza pun dgn bulan2 yg lain. adeh
"woih...mesti la ada beza. bulan ramadhan ni aku puasa hari2 kot. bulan2 lain mana ada.."
Muahaaha. kau buat lawak ek? kesian org2 yg hanya nampak bulan ramadhan ni cuma "bulan puasa" yg menahan lapo haus & dapat penat je. lain? yelek pocekammakecekolekotepurihemesitekpekyek~
Kenapa kesian? sebab dia taktau apa fadhilat & kelebihan sepanjang bulan ramadhan ni. masya Allah..bayangkan tunaikan yg sunat ganjarannya pahala fardu, tunaikan yg fardhu? ya Allah..ditambah 70x ganda pahala. kalau berjemaah dpt 27ganda kali pulak 70x dah berapa ganda dah tu? haa kira sendirik. tapi, masalahnya kita...sibuk tang lain. sibuk kejar dunia daripada kejar Ramadhan yg dtg hanya setahun sekali ni. sibuk nak kejar berniaga sampai tak pi terawih, sibuk pi bazaar borong segala mcm jenis makanan. kalau kedai tu makanan, dgn kedai2 sekali angkut beli nak berbuka.
Tapi..kalau la kita ni sedar, mesti kita nak semua bulan2 sepanjang tahun adalah bulan ramadhan. biarla puasa sepanjang tahun pun, sebab tak dapat nak gambarkan betapa besarnya ganjaran & nikmat yg Allah bagi masa bulan ni. =D
"beruntunglah mereka yg sedikit..."
Memang betoi! sikit je orang yg terkejar2 pahala & ganjaran dlm bulan ramadhan ni. dan ramai lalai, lupa & taktahu yg mereka tergolong dlm kalangan org2 yg rugi. ish ish ish..na'uzubillah..
Ha, ni ada satu analogi mudah.
Korang kalo masuk lumba lari, mesti penat kan. tapi..kalau masuk lumba lari tu dapat hadiah hamper, pingat`, siap duit lagi..kita akan pikir penat tak? kalau penat pun rasa berbaloi kan. sebab walaupun kita usaha sampai separuh nyawa termengah2 lari sampai xcukup tanah, kita dpt mcm2 ganjaran.
Haaa..mcm tu dlm bulan ramadhan ni. walaupun maybe korang rasa penat sikit sebab puasa ni, tapi ingat la..yg ganjarannya besar sgt. rebut la peluang ni sementara masih ada. ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa.......
P/s : oi ayam turkey, balik sekolah pi tolong ibu kat dapur. jangan naik bilik terus tak keluar2 sampai bukak pose. kesian ibu. *iklan rumah tangga*
<ini semua teguran untuk diri sendirik juga> =D
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
















.png)
