klik klik !

29 July 2012

Tajuk apa nak letak supaya korang baca entry ni ek?

HYE YAYAH !

Hohoi, hai manusia sekalian alam~ dah kenyang melantak berbuka tadik? berapa pinggan nasik kau lahap? balik terawih moreh melahap lagik. huishh...kot ye pun nak qada mkn sebab puasa tadik, sikit2 sudah la brader mother. kau punya perut tu bukannya belon bila tiup makin besar. belon pun boleh meletop kalau besar sgt tauu. simpan lauk-pauk tu, makan bangun sahur kang ek? at least kau bangun sahur dpt pahala. drpd kau tidur dgn perut kembung tu terus sampai subuh apa dpt? buncittt je ada~ amma!


Eh, nii ada satu teka teki. sapa cerdik lagi bergeliga sila jawab kuat-kuat yek? eheh

Erm, apa 2 nikmat yg sering manusia lupa?

Haaaaa..jawab jawabb. err..apa? makanan? memang itu je benda yg kau ingat bila bolan puasa ni kan. =.='

Nikmat yg sering kita lupa adalah : 
1. nikmat sihat 
2. nikmat masa lapang. 

Aku konpem, mesti ramai yg dok ngadu penat, tak bermaya, kurang bertenaga, mengantuk semedang masa bulan ramadhan ni. alasannya.."aku puasa weh..mesti la penat.." bila balik je sekolah, class, kerja..terus je terlentang terkangkang berdengkur krohh krohhh kepenatan. nampak tak? nampak tak kualiti umat Islam skang camane? 



Korang tau kan zaman nabi dgn para sahabat dulu, diorang akan berpuasa bila nak pergi berperang. woih, berperang woi bukan pi belajar ke kerja ke yg dok letak ponggong nganga je dlm econ tu haaa..ni nak pi taruh nyawa ni tapi dok puasa lagik. malam tu siap qiam tahajud lagik. kita alasan kelas la kerja awal pagi xdapat nak bangun awal sikit utk tahajjud. setakat 2rakaat pun xsempat? adoiiii..berat weh =P

Then bila ada masa lapang sikit, asyik melayan fesbuk, twitter, utube, belog and benda-benda lain yg tadak paedah ni. konon la dok online nak bukak page islamik, komen benda2 islamik, post nasihat-nasihat semperna bulan ramadhan tapi diri sendirik dok lagik hadap pc tak berkelip dari subuh sampai subuh esoknya. kot nak online pun berpada-pada la. =D


Masa tu sebenarnya sentiasa ada, tapi kita yg selalu membuang masa. kita kurang bijak menggunakan masa. lepeh tu mula la bising, tak sempat nak siap kerja la, esaimen tak habeh buat la. memang la tak cukup kalau dah merabun dolpohlima jam hadap pc tu je. at least bulan ramadhan ni, kurangkan la melayan benda2 ni. banyakkan berzikir, niat biar nak khatam quran dlm bolan ni. kumpul pahala byk2 yek.


Jangan la bila tengok amalan kita bulan ramadhan ni..tak ada beza pun dgn bulan2 yg lain. adeh


"woih...mesti la ada beza. bulan ramadhan ni aku puasa hari2 kot. bulan2 lain mana ada.." 

Muahaaha. kau buat lawak ek? kesian org2 yg hanya nampak bulan ramadhan ni cuma "bulan puasa" yg menahan lapo haus & dapat penat je. lain? yelek pocekammakecekolekotepurihemesitekpekyek~


Kenapa kesian? sebab dia taktau apa fadhilat & kelebihan sepanjang bulan ramadhan ni. masya Allah..bayangkan tunaikan yg sunat ganjarannya pahala fardu, tunaikan yg fardhu? ya Allah..ditambah 70x ganda pahala. kalau berjemaah dpt 27ganda kali pulak 70x dah berapa ganda dah tu? haa kira sendirik. tapi, masalahnya kita...sibuk tang lain. sibuk kejar dunia daripada kejar Ramadhan yg dtg hanya setahun sekali ni. sibuk nak kejar berniaga sampai tak pi terawih, sibuk pi bazaar borong segala mcm jenis makanan. kalau kedai tu makanan, dgn kedai2 sekali angkut beli nak berbuka.


Tapi..kalau la kita ni sedar, mesti kita nak semua bulan2 sepanjang tahun adalah bulan ramadhan. biarla puasa sepanjang tahun pun, sebab tak dapat nak gambarkan betapa besarnya ganjaran & nikmat yg Allah bagi masa bulan ni. =D

"beruntunglah mereka yg sedikit..."

Memang betoi! sikit je orang yg terkejar2 pahala & ganjaran dlm bulan ramadhan ni. dan ramai lalai, lupa & taktahu yg mereka tergolong dlm kalangan org2 yg rugi. ish ish ish..na'uzubillah..


Ha, ni ada satu analogi mudah.

Korang kalo masuk lumba lari, mesti penat kan. tapi..kalau masuk lumba lari tu dapat hadiah hamper, pingat`, siap duit lagi..kita akan pikir penat tak? kalau penat pun rasa berbaloi kan. sebab walaupun kita usaha sampai separuh nyawa termengah2 lari sampai xcukup tanah, kita dpt mcm2 ganjaran.

Haaa..mcm tu dlm bulan ramadhan ni. walaupun maybe korang rasa penat sikit sebab puasa ni, tapi ingat la..yg ganjarannya besar sgt. rebut la peluang ni sementara masih ada. ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa....... 

P/s : oi ayam turkey, balik sekolah pi tolong ibu kat dapur. jangan naik bilik terus tak keluar2 sampai bukak pose. kesian ibu. *iklan rumah tangga*
<ini semua teguran untuk diri sendirik juga> =D

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

6 comments:

qatrunnada said...

kucing 2penat bersahur erk,sampai tertidoo..
kita pon jgn jdi mcm 2 suda,,bgun sahur sampai tertidoo dpn mkanan..
betol,org suka bgi alasan puasa jdi xlarat,xbmaya..
zaman Rasulullah perang dlm bln puasa ok ja..
berperang 2...klau ikotkan lgi penat tpi keikhlasan itu xkan memenatkan..
berpuasalah dgn ikhlas,beribadatlah dgn ikhlas..
~nsht saya utk diri saya sendri dlu..

Pocket said...

komen ini komen lawak,
tak berniat pun nak menentang kamu ker haper...


orang zaman dulu perang bleh puasa,
kita keja dlm ekon jer pun dah terheleh bila kul lima...

iyer laaa.. zaman dulu makanan suma sihat sihat belaka... maner ader mekdi, kentakki, procesed cheese, susu tin ngan teh berpewarna bagai... milo neskafe pung tak der..
so tahap kesihatan dah berbeza :D

heheheheh... tak tak.. alasan semata mata, tp terpikir jer tadi. tu yg nak tulih jgak tu :D

fieyqaqyla said...
This comment has been removed by a blog administrator.
fieyqaqyla said...

tanak kawan :pppp

siku kang :/

Anonymous said...

hi dee hi ainchocolate-ainnurafiffah.blogspot.com owner found your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your website http://bestwebtrafficservice.com they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic Take care. Mike

Qamaruls said...

betul laaa. saya bulan puasa ni busy betul.. tapi alhamdulillah kesihatan ok jer.