Cinta itu bukan Tuhan.
Tapi apa yg aku perhatikan, zaman sekrg ni orang sibuk dok bebel pasai CINTA aje.
status kat fesbuk pun 85% semua pasai cinta. wallpost yg byk orang "like" pun mesti pasai cinta. kenapa mesti semuanya cinta? tujuan hidup kat dunia ni untuk bercinta aje ke?
Cinta itu bukan Tuhan.
Jadi kenapa dlm seminggu tujoh hari hanya cinta yg kita pikirkan? hanya cinta yg tak pernah manusia jemu bicarakan? hanya cinta yg diutamakan? sejauh mana kebenaran kita bercinta keranaNya?
tak payah lah nak hipokrit guna ayat tu dah kalau dalam hati asyik dok ingat kat si dia lebih dari ingat Tuhan. tepuk dada tanya iman masing-masing.
Cinta itu bukan Tuhan.
Jadi, bila cinta tu melanggar batas-batas agama, rasional, nilai-nilai kemanusian and yg paling penting
melanggar syariat agama dan perintah Allah, kehendaknya mesti dihentikan.
Cinta itu bukan Tuhan.
Agaknya berbaloi ke memburu cinta yg tak pasti tu? cinta memang buta. tapi, jangan pulak sampai
buta mata hati untuk menilai mana yg halal dan haram. malah, sampai gagal nak kawal dan kendalikan rasa cinta yg mengikot nafsu.
"buta mata takpe, buta hati bahaya." -mat lutut
Cinta itu bukan Tuhan.
Jadi, perlu ke menangis tigaratosnampulohlima hari setahun semata-mata kerana
direject or ditinggalkan oleh si dia? melayan rasa hati yg terlebih parah tu sampai
tanak makan walaupun dihidang segala jenis lauk,
tanak mandi gosok gigi je berhari-hari,
tanak tidur dok layan air mata meleleh sampai penuh doploh tangki?
berbaloi ke seksa diri sampai macam tu semata-mata demi cinta yg tadak paedah tu?
Cinta itu bukan Tuhan.
Cinta, kasih, rindu dan sayang kat seseorang tu takan jadi satu risiko yg besar sekiranya
kita laburkan di jalan yg betul dgn cara yg betul. malah, laburkan pada orang yg betul. iaitu kepada bini dan somi kita nanti. bukan kepada teman tapi mesra, pakwe, makwe, balak, jati, meranti segala bagai tu. bila 'pelaburan' dikhianati, bukan ke kita yg rugi?
Cinta itu bukan Tuhan.
Maka, haruslah jadi bijaksana apabila bercinta. mencintai seseorang itu tak salah, itu fitrah yg Allah kurniakan dalam hati setiap manusia. tapi,
jgn sebab cinta sanggup tempah tiket ke neraka. jgn kerana cinta sanggup korbankan maruah diri sampai tadak harga. dan jgn sebab cinta sanggup malukan makbapak &keluarga.
Cinta itu bukan Tuhan.
Tapi, inilah realitinya kini. cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung sampai atap bumbung. demi cinta, apa pun sanggup dikorbankan. demi cinta, semua benda buat tak kira dosa. malah,
lebih takut ditinggalkan kekasih daripada takutkan kemurkaan Allah. lebih pikirkan perasaan si kekasih daripada pikirkan larangan Allah.
Cinta itu bukan Tuhan.
Dan cinta itu bukan tujuan, cinta itu cuma jalan. cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat.
cinta mungkin penting, tapi menegak dan mengerjakan perintah Allah jauh lebih penting. bertuhankan cinta sama je mcm bertuhankan hawa nafsu. Allah beri kita hati, akal, nafsu dan iman. jadi, gunakan semua tu pada tempat yg betul.
Cinta, secara zahir & batin adalah suci, perasaannya juga suci. tapi, hanya apabila niatnya suci. iaitu..cuma dgn cara bernikah. wahai lelaki soleh dan perempuan solehah,
jgn cemarkan cinta kita dgn dosa dan maksiat tapi gunakan cinta tu sebagai alat utk beribadah dan tingkatkan lagi cinta kita kpd ALLAH. ♥
Ya Allah, jagalah hatiku. aminn.
Terima kasih baca ^^