klik klik !

09 January 2012

Gunakan cinta sebagai 'alat' untuk..?


Cinta itu bukan Tuhan.

Tapi apa yg aku perhatikan, zaman sekrg ni orang sibuk dok bebel pasai CINTA aje. status kat fesbuk pun 85% semua pasai cinta. wallpost yg byk orang "like" pun mesti pasai cinta. kenapa mesti semuanya cinta? tujuan hidup kat dunia ni untuk bercinta aje ke?
Cinta itu bukan Tuhan.

Jadi kenapa dlm seminggu tujoh hari hanya cinta yg kita pikirkan? hanya cinta yg tak pernah manusia jemu bicarakan? hanya cinta yg diutamakan? sejauh mana kebenaran kita bercinta keranaNya? tak payah lah nak hipokrit guna ayat tu dah kalau dalam hati asyik dok ingat kat si dia lebih dari ingat Tuhan. tepuk dada tanya iman masing-masing.
Cinta itu bukan Tuhan.

Jadi, bila cinta tu melanggar batas-batas agama, rasional, nilai-nilai kemanusian and yg paling penting melanggar syariat agama dan perintah Allah, kehendaknya mesti dihentikan.
Cinta itu bukan Tuhan.

Agaknya berbaloi ke memburu cinta yg tak pasti tu? cinta memang buta. tapi, jangan pulak sampai buta mata hati untuk menilai mana yg halal dan haram. malah, sampai gagal nak kawal dan kendalikan rasa cinta yg mengikot nafsu.
"buta mata takpe, buta hati bahaya." -mat lutut
Cinta itu bukan Tuhan.

Jadi, perlu ke menangis tigaratosnampulohlima hari setahun semata-mata kerana direject or ditinggalkan oleh si dia? melayan rasa hati yg terlebih parah tu sampai tanak makan walaupun dihidang segala jenis lauk, tanak mandi gosok gigi je berhari-hari, tanak tidur dok layan air mata meleleh sampai penuh doploh tangki? berbaloi ke seksa diri sampai macam tu semata-mata demi cinta yg tadak paedah tu? 



Cinta itu bukan Tuhan.

Cinta, kasih, rindu dan sayang kat seseorang tu takan jadi satu risiko yg besar sekiranya kita laburkan di jalan yg betul dgn cara yg betul. malah, laburkan pada orang yg betul. iaitu kepada bini dan somi kita nanti. bukan kepada teman tapi mesra, pakwe, makwe, balak, jati, meranti segala bagai tu. bila 'pelaburan' dikhianati, bukan ke kita yg rugi?


Cinta itu bukan Tuhan.

Maka, haruslah jadi bijaksana apabila bercinta. mencintai seseorang itu tak salah, itu fitrah yg Allah kurniakan dalam hati setiap manusia. tapi, jgn sebab cinta sanggup tempah tiket ke neraka. jgn kerana cinta sanggup korbankan maruah diri sampai tadak harga. dan jgn sebab cinta sanggup malukan makbapak &keluarga.

Cinta itu bukan Tuhan.

Tapi, inilah realitinya kini. cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung sampai atap bumbung. demi cinta, apa pun sanggup dikorbankan. demi cinta, semua benda buat tak kira dosa. malah, lebih takut ditinggalkan kekasih daripada takutkan kemurkaan Allah. lebih pikirkan perasaan si kekasih daripada pikirkan larangan Allah.


Cinta itu bukan Tuhan.

Dan cinta itu bukan tujuan, cinta itu cuma jalan. cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. cinta mungkin penting, tapi menegak dan mengerjakan perintah Allah jauh lebih penting. bertuhankan cinta sama je mcm bertuhankan hawa nafsu. Allah beri kita hati, akal, nafsu dan iman. jadi, gunakan semua tu pada tempat yg betul.

Cinta, secara zahir & batin adalah suci, perasaannya juga suci. tapi, hanya apabila niatnya suci. iaitu..cuma dgn cara bernikah. wahai lelaki soleh dan perempuan solehah, jgn cemarkan cinta kita dgn dosa dan maksiat tapi gunakan cinta tu sebagai alat utk beribadah dan tingkatkan lagi cinta kita kpd ALLAH. ♥ 

Ya Allah, jagalah hatiku. aminn. 

Terima kasih baca ^^

33 comments:

fieyqaqyla said...

yup!
huh~~
ebat gak akak aku nie! ^@^

Dear Yayah said...

fieyqaqyla :

ceh..siku kang

adan said...

entri sgt terbaek yayah..

belogkiter said...

wow.. good entry. betul cinta bukan tuhan.. saya pun kadang kala terlupa

Anonymous said...

kalo macy kan.. ada post pasal love, tp randomly. malu lah nak post sal tu.

kalau pasal life, banyak :D

tya omar said...

tersentuh hati kecil ni. muhasabah diri jap.

نورعيم said...

like like like. bercinta lepas kahwin lebih diredhai.

entry sy pun lebih ke araj ini jgk :)

dhiera zainudin said...

terbaek!!

dear yayah said...

subhanallah.. best2.. betul, cinta dunia tuh indahnya sementara.. kalau hnya berpaksikan nafsu semata... :)
salam ukhwah

Mun said...

comel dialog pic kucing tue :)

amny said...

yang last tu sweett sangaaatttt sannggaattt :D

teman-bicara said...

salam..nice entri dear yayah...cinta xkan kemana...mencintai dan dicintai memeng sesuatu yg indah tapi biarlah bdasarkan ikatan yg betul...yup bdk2 zmn sekrg ni kalu bcinta sakan tapi berbaloi ke??ble ditinggal air mata lah jawapannya...begitulah keadaan sekarang ni...

Nevermind said...

jawapannya mudah..sebab manusia suka bercinta...tapi yang sedihnya tak ramai manusia yang bercinta dengan Tuhan..tapi ramai yang bercinta dengan teman istimewanya (gurlfren/boifrnz)

~http://kenapaseriussangat.blogspot.com~

kindergartenlibrary said...

tq mengingatkan !
:)

fadh leyanie said...

ini dah macam adik matlutfi ni..kih3..mat lutut tu tak kenai.
cinta kepada pencipta kita :)

Mr.Superman said...

:) terbaik..alhamdulillah,ada jgk gadis mcm ni.

tya omar said...

aritu datang pj tapi tak tahu cmne nak contact ain. so, cmne barang tya tu? ok ke?

Dear Yayah said...

adan :

thankssss :)

Dear Yayah said...

belogkiter :

sama2 kita perbaiki diri. insya Allah :)

Dear Yayah said...

maCy :

kan? ain pun sbnarnye segan gak. heeeee

Dear Yayah said...

tya omar :

alhamdulillah :)

Dear Yayah said...

Noraim :

yeke? nnti sy singgah :)

Dear Yayah said...

dhiera :

thanksss ^^

Dear Yayah said...

dear yayah :

salam ukhwah jugakkkk ^^

Dear Yayah said...

C.M.A @ CikMoonAdnan :

hehe..rekaan semata2..:P

Dear Yayah said...

amny :

teringin nak macam tu kan :)

Dear Yayah said...

teman-bicara :

setuju sgt2 ! betulll..harap2 kite tak jadi mcm tu..huuuu

Dear Yayah said...

Nevermind :

mereka lebih memilih cinta yg tak kekal. hmmmm

Dear Yayah said...

Nelly The Strange :

welkam nelly ^^

Dear Yayah said...

fadh leyanie :

tak kenal? pemes tu...hahaha

Dear Yayah said...

Abg Stalker :

byk je yg ada abg. :P

Unknown said...

entry yg sangat bagus.. cintakan kepada pencipta, rasul, kemudian ibu bapa dan kluarga terlebih dahulu :)

eden said...

hands down dude . stuju btoi

cinta manusie mane2 pon bole dpat , tepi longkang pon bole