klik klik !

15 December 2011

Cerita kelakar nak mampus tapi tak mampus pun.

HYE YAYAH !






Cantik tak bermakna Cerdik. 


Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata "Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itu menolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri. Kali ketiga bangun, lelaki muda itu itu menjerit,

"kak,saya nak turun.Saya dah terlepas perhentian saya."

(perasan betul perempuan tu, hahaha)



---------------------------------------------------------------------------------


Didiklah anak dengan didikan agama dari kecil. 


Bapak: Rif, kau ni apa nak jadi? bapak dah lama tunggu calon isteri, mana?

Arif: Belum lagi la bapak. Arif susah nak cari.

Bapak: Bapak carikan kau taknak, ok sekarang ckp kau suka kat sapa bapak tolong adjust kan

Arif: Arif nak kahwin ngan nenek.

Bapak: Kau tebiat ke apa? Yang kau nak kahwin ngan mak aku pahal?

Arif: Eh, bapak tebiat boleh.

Bapak: Aku buat apa?

Arif: Bapak kahwin ngan mak Arif boleh plak.

Bapak: ?????


--------------------------------------------------------------------------------


Bendul atau lurus atau lurus bendul? 


Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya! isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anak yang pertama ye?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk...'' =..='


--------------------------------------------------------------------------------


Tepung penaik sendiri ?


Ibu : adik...tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai.

Anak :baik mak...(dia pun pi kedai beli tepung naik sendiri tu )


Selepas bbrapa minit kemudian, anaknya itu pulang dan naik ke rumah.


Ibu : la budak ni, kan mak suruh belikan tepung tu, mana dia?


Anak :adik dah beli mak...


Ibu : habis, mana?


Anak : tu....adik letakkan dekat tangga tu, pandai2 la tepung tu naik sendiri nanti. 


Ibu :!@#$%^&*! 


--------------------------------------------------------------------------


Produk Baba jenama terbaru


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”



----------------------------------------------------------------

Apekebangang punya suami. 

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantiknya, udah berpuluh tahun menikah, kau tetap panggil isterimu macam tu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."



-----------------------------------------------------------------
Menderma 

Ada la sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa nak derma?

budak : nanti jap ye. saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ???

---------------------------------------------------------


ATOK DAN CUCUNYER.

Atok : Cu, pergi menyorok cepat! cikgu kamu datang sebab kamu tak pergi skola hari ni!

Cucu : Atok la pegi menyorok!

Atok : kenapa pulak kamu ni?

Cucu : yela, sebab saya bagitau cikgu, saya tak pergi skolah sebab atok meninggal..

Atok : hampeh punyer cucu.. T.T

----------------------------------------------------

26 comments:

masyitah*azzahra* said...

keh2...
apa ke lawaknye lawak ni...hahahaha

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hahaha..semua lawak.. tapi yg last tu... xleh blaahh oo.. hahaha..

S H I T E Q said...

ahaa. lawak btol. nice2! :)

maCy said...

haha. adoi atleast tiap cite tu wt macy gelak. huhu

nice! :)

ayen said...

hahahahaha ...... T____T

fadh leyanie said...

kah3 mmg lawak semuanya,,kalau adalah dalam realiti pasal atok dan cucunya..agaknya atok tu meninggal terus..:P

ILA HonEyBuNNy said...

hahhahhaha...

ada lawaknya..nak tergelak malam2 neh..hehhe

tya omar said...

what a lovely joke!! haha. follow me. thanks. =D

✿Dear Yayah✿ said...

@masyitah*azzahra* :

hahaha..kelakar kan?

✿Dear Yayah✿ said...

@C.M.A @ CikMoonAdnan :

yg last tu xguna betoi..hahaha

teyn teyn said...

kelakar . serious , i gelak dik.

Abg Stalker said...

HAHAHAHAH..terbahak2 abg gelak bc cte2 ni.adoyaii..

✿Dear Yayah✿ said...

@S H I T E Q :

haha. tengs :)

✿Dear Yayah✿ said...

@maCy :

kan? ain baca cite ni xcukop suara nak gelak dah. haha

✿Dear Yayah✿ said...

@ayen :

apasal gelak pehtu nangeh?

✿Dear Yayah✿ said...

@fadh leyanie :

haha..kesian atok die..:P

✿Dear Yayah✿ said...

@ILA HonEyBuNNy :

gelak pelan2 kak..dah malam :P

✿Dear Yayah✿ said...

@tya omar :

lovely kah? hahaha

✿Dear Yayah✿ said...

@teyn teyn :

serious, ai pun gelak kak. hahaha

✿Dear Yayah✿ said...

abg stalker :

HAHHA. ain dah terkahak2 dah gelak+batuk..haha

littledolphin said...

haha kelakarlah.paling kesian atuk tu...boleh pulak reka cerita kematian atuk sendiri.

yang Baba tu lagilah.tak leh bla.LOL

✿Dear Yayah✿ said...

@littledolphin :

haha. atok gn cucu same je. hahaha

amny said...

hahahaha .. entah apa2 :DD

✿Dear Yayah✿ said...

amny :

ntah? hahahaha

hoyahadis said...

ha..ha..sakit perutla bace..

✿Dear Yayah✿ said...

@hoyahadis :

hahaha..relax kak XD