klik klik !

07 April 2011

novel "KACA JENDELA AINNUR"

HYE YAYAH !

Tadi jenjalan googling jap .saje lah terdetik nak taip nama yg tgah HOT skang ni : AINNUR .ekeke XD sekali terserempak dengan novel ni tajuknya "KACA JENDELA AINNUR" .wah ,teruja gile wa cakap lu !sebab nama Ainnur kan macam jarang dengar (yeke ?) umm ,lau Ainon ke ,Ainul ke ,selalu lah jugak dengar kan .hehe ,so ,memang teruja-sakai lah .haha .


*bukti-bukti .hihihi 


Selalu aku bace macam-macam novel ,pernah berangan nama heroin tu nama AINNUR .selalu nama kawan-kawan aku ada .jeles~ hihi .tak sangka Diya Nordin telah memakbulkan impian aku .i lap u Diya !hikhik <3 


Macam best ,nak beli-lah !huhu~
KACA JENDELA AINNUR 
"Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik."


REVIEW :

Kaca Jendela Ainnur (KJA) membawa anda memahami hati seorang perempuan yang tabah. Benarkah hati perempuan itu hening bak kaca? *setulus hati Ainnur Afiffah .kihkihkih XD 

Diya mengolah cerita yang sedikit berbeza daripada novel-novel yang ada di pasaran masa kini kerana sangat jarang penulis muda mahu memeta kisah yang berkisar kekeluargaan walaupun dlm KJA ini tetap ada sedikit berkisar kisah biasa yang selalu kita baca seperti jodoh dari pilihan orang tua.

Ainnur anak sulung kepada Syuhairah yang tidak pernah disayangi oleh mamanya sendiri. Dia jadi tertanya-tanya, kenapa mama begitu tegar menidakkan haknya sebagai anak? Kenapa mama begitu membenci Ainnur?kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Namun semua itu Ainnur telan selama bertahun-tahun...Ainnur sanggup mengambil jurusan undang-undang demi mama. Ainnur sentiasa mahu cemerlang demi mahu membanggakan mama. Namun semua itu belum mampu mengubah sikap mama terhadapnya. *macam sama dengan cerita hidup Ainnur Afiffah je .hihihi .:)

Dan ketika Ainnur di UUM, kedatangan yang bernama Ili Fatin itu makin membawa berita yang makin menambahkan luka di hati Ainnur walaupun umi sangat baik terhadapnya. Ainnur kira ayahnya sudah tiada selama ini kerana selama 19 thn hanya Papa Uncle yang menjalankan tugas sebagai bapanya walaupun sekadar bapa tiri. Rupanya ayah, Amir Iskandar itu dekat sahaja dengan Ainnur. Tetapi ayah juga seperti mama, tidak pernah mahu menerima kehadiran Ainnur di dunia.

Lalu kerana peristiwa-peristiwa yang melukakan dan kerana Ainnur terlalu letih menagih kasih dari ibu bapa sendiri, Ainnur nekad membawa diri selepas mama sedar dari koma. Kerana itu janji Ainnur dan kerana itu yang mama mahukan selama ini.

Kata Zhafran, " Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga pada Uncle Luqman. Salah ke mereka sehingga turut terhukum?"


Apa yang Zhafran tahu?
Semuanya Ainnur yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Ainnur sudah sehabis daya mencuba. Ainnur pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?


Namun sejauh mana pun Ainnur pergi, tetap ada juga yang menemuinya....hah ,nak tahu kisah Ainnur selanjutnya ?hehehehe...beli & baca-lah sendiri~ sebab memang berbaloi untuk kisah yang rasa-rasanya berkesan di hati. *ewahh ,promote ni~
__________________________________________________________________________________________
p/s : Sangat suka karektor Zhafran Huwaidi yang cukup memahami dan tegas dalam diam....*ciri2 idaman hati .ekeke XD 


------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entry sengal ni^^
------------------------------------------------------------------------------------

15 comments:

nelly said...

not bad cerita ni ~

Ainnur Afiffah :) said...

@nelly : dah bace ke ? :)

Nur Liyana said...

hahah....best ke???nk try baca la..

Ainnur Afiffah :) said...

@nur liyana : ntah ,tak beli pun lagik .hihi .beli lah ,nanti leh kasik sy pinjam .XD

Firdaus Kasim said...

wah.. masuk kt google searh.. tahniah awk.. hhee

Tutorial tempatkan iklan Nuffnang di lokasi paling strategik

Ainnur Afiffah :) said...

@firdaus Kasim : tahniah ?haha XD
BTW ,tengs ya ^^

Naddia said...

haaaa! beli taw! jgn cakap je. haha

Naddia said...

haaaa! beli taw! jgn cakap je. haha

Shazmiey Abdurahman said...

errr, just baca novel harry potter..lepas tu tak pernah baca novel.huhh..

Ainnur Afiffah :) said...

@naddia : hihihihi,mcm tau2 je akak ni .XD

Ainnur Afiffah :) said...

@shazmiey abdurahman : wah ,Harry Potter in english or bm ?mesti in english kan .yela org pandai .:-P

Diya Nordin said...

Saya pilih nama Ainnur kerana keunikkannya. Asalnya mahu gunakan Nur Ain. Tapi rasa janggal.

Akhirnya, cantumkan Ainnur.

Kalau bahasa arabnya dah jadi canggung pula bila sebut mata cahaya :)

Apa pun, nama Ainnur itu manis sekali :)

Ainnur Afiffah :) said...

@diya nordin : wah ,terujanya akk komen kat sini !haha

um ,dulu pun abah sy nak bagi nama nur ain .tapi terbalikkan jadi AInnur .

kebetulan sama kan ?hehe

memg manis ,orgnye pun manis .hihihi

adan said...

macam best jeeeeee...

Ainnur Afiffah :) said...

@adan : tula kan ,beli lah .

promote~ hehe