klik klik !

11 August 2011

oh lelaki , kau nak yang mana?

HYE YAYAH !

Aku selalu dengar orang kata..orang yang beriman & budiman menilai kecantikan seseorang pada akhlak & agama. tapi sejujurnya..aku rasa mana ada lelaki yang tak nak perempuan cantik khususnya untuk dijadikan isteri. kan kan? baik mana pun lelaki tu tentu dia nak yang putih2 & sedap mata memandang..

Dulu masa aku pergi tamrin, ada seorang ustaz ini cakap pasal calon isteri..dia gambarkan dua keadaan :

A. perempuan ni cantik. tapi perangai teruk, liar, tak pakai tudung, seksi, seksa, bla bla bla. *semua yang negatif laa..*


B. perempuan ni tak cantik.. kulit gelap , gigi jongang.. ustaz tu memang menggambarkan sorang yang senang cakap memang buruk la..==' tapi didikan agama dia tip top, bertudung labuh. sangat-sangat baik & budi pekerti akhlak terpuji. hee..
Then, ustaz tu tanya kat lelaki-laki yang join tamrin tu.." mana satu pilihan kamu.. ? "

And seperti yang dijangka kebanyakannya semua sentap dengan muka yang berkerut2 doploh line sambil tunduk main-main jari dan kuis-kuis kaki.. " aaaaa.. aaaa... " hahaha..semuanya speechless kut.. dewan yang tadi meriah huha huha terus senyap sekejap.

Disebabkan lama sangat tunggu dalam doploh saat camgitu, ustaz tu terus tanya kat sorang lelaki bertuah ni.. " kamu nak yang mane ? jujur.. " 

Heh heh.. korang rasa dia jawab yang mana ? haihh.. aku bukan la nak bersangka buruk tapi kalau dia jawab nak B.. emmm..macam auta je kan ? yeke dia ikhlas dan betul2 sanggup ? emmm..=='

" saya nak yang A.. "

Woooo.. memang jawapan yang berani pengsan la kan sebab aku ingatkan dia nak bagi jawapan bajet
" emm.. saya sanggup ambil yang B sebab saya langsung tak pandang paras rupa bla bla bla.. uhuk2.. " ecehh.. =='

Masa tu dewan terus huha huha bila dengar jawapan lelaki tu , terus lelaki tu sambung lagi.. " sebab..saya nak ubah dia dan bentuk dia jadi wanita yang solehah.. "

Perrrhhhhh..! ayat hebakkkk kan.. tersentuh ke jiwa dan sanubari aku bila dengar niat ikhlas dia tu.. hahaha..

Tapi pape pun kira okay la sebab dia jujur kan.. sebab ada lelaki yang pada mulanya dengan suara lantang dan berkobar2 semangat wajanya jawab " B.. B.. " tapi bila ustaz tu suruh angkat tangan sorang pun tarak angkat.. :-/

Tapi aku akui.. fitrah lelaki memang sukakan kecantikan kan.. emm.. okay.. memang aku dah target dapat suami tak hensem pun.. haha..

Tapi kan.. jangan ingat lelaki je yang memilih.. perempuan sekarang pun memilih jugak.. tapi bagi aku bukan memilih pada rupa.. zaman sekarang ni kalau muka hensem , bergaya sakai sakan & hati kiut pun tapi kerja kejap ada kejap tak macam chipsmore.. bila tanya pulak pasai agama tergagap2 sampai menggigil lutut macam masa jawab spm dulu.. nak buat apa ? haih..
Tapi memang perempuan sekarang ni idamkan lelaki yang berkualiti.. yang baik ilmu agama dan dunia.. sebab tu abah aku pernah cakap "cuma ada 2 harta yang abah boleh tinggalkan kat akak iaitu ilmu dan agama.. " betul laa tu.. kita hidup kat dunia ni bukan selama-lamanya kan.. harta banyak , isteri cantik , rumah besar pun bukan boleh bawak masuk kubur.. ilmu dan amalam kita yang akan jadi bekalan di akhirat nanti.. jadi , carilah pendamping hidup yang soleh solehah supaya dia dapat membantu dan permudahkan jalan kita menggapai syurga.. aminn.. :)
**tapi , kalau nak yang baik , haruslah jadikan diri kita baik dulu kan ? diri kita menggambarkan bagaimana teman hidup kita nanti.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.. =)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

22 comments:

shahjiehan said...

o0o0o0o0...

dhiera said...

like entri ni sangat2..
honestly, kalau suruh saya pilih pun, saya nak lelaki yg dah ada kerja tetap dan stabil~ hiks

nadirah said...

like!!!btol....pmpuan kne cari laki yang baik...laki yang akan jadi ketua...kan2???xkan nak cri ktua yang jahil ka...tapi.....laki xpela...bleh bimbing pmpuan yg jahil 2...

A i n n u r A f i f f a h said...

@shahjiehan :

haih.. tiru org je kejenye.. :P

A i n n u r A f i f f a h said...

@dhiera :

kan? hehee. same laa. :)

A i n n u r A f i f f a h said...

@nadirah :

kalau laki tu didikan agama elok maybe la die boleh bimbg pmpuan A tu.. tapi hidayah kan milik Allah.. wallahualam.. :)

adan said...

lelaki yg berdiri dan ingin mengubah wanita seksi kepada solehah tu hebat.. respect kat dia.. tp takut sendiri tak tahan dengan godaan wanita seksi tu..

suka dengan kata2 ayah kamu.. ilmu dan agama..

A'IM said...

saya jawab A & B... senang.. Yang B boleh tolong ajar si A..ha kan harmoni namanya,

cik nAdyYa ツ said...

i like ur entry =D

A i n n u r A f i f f a h said...

@adan :

kalau betul bole bimbing takpe laa..

tapi nampak cam nak yg cntik je..

:P

hee..btw tengs~ :)

A i n n u r A f i f f a h said...

@A'IM :

waaa..lain macam bunyi..:P

A i n n u r A f i f f a h said...

@cik nAdyYa ツ :

macehh ^^

Shamsuddin Amin said...

skrg ni semua same je...
laki pompuan memilih...

laki - nak yg cantik...

pompuan - laki x ensem takpe... asal poket tebal...

so,,,, fair la kan.... hahaha

A i n n u r A f i f f a h said...

@Shamsuddin Amin :

bukan nak poket tebal la..

asalkan ade pndptn tetap okay la..

yg pentg agama die..

wekkk.. haha.. :P

ILA HonEyBuNNy said...

ya..lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya...

kalau lelaki berniat nak ubah perempuan seperti A, alhamdulillah...bagus la...

apa pun..setiap org nak kan yg terbaik kan...

bagi ila..."aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu,makan hilanglah cintaku padamu"

A i n n u r A f i f f a h said...

@ILA HonEyBuNNy :

betul3..setuju gn kak ika..:)

Saiazuan said...

bia jodoh yg tentukn :D

Abang Stalker said...

abg x kesah yg mn2 pun bole.klu dpt yg A tggjwb sbg serg suami mithali wajib la memimpin isterinya berubah ke arah kebaikkan.

klu dpt yg B,cintai la seikhlas hati krn si isteri da hmpir sempurna akhlaknya.jd x perlu risau si isteri akn heret kita ke neraka.sbb insyaAllah,dia xkn bt. :)

A i n n u r A f i f f a h said...

@Saiazuan :

ye.. Allah yg tentukan.:D

A i n n u r A f i f f a h said...

@Abang Stalker :

:))

insya Allah..pape pun kite kene mendoakan yg tbaik..kan?

teyn teyn said...

psgn kite adalah mereka yg mmpunyai hati sama macam kite. kalo kite baek, dptlah baek. begitulah sebaliknye..

A i n n u r A f i f f a h said...

@teyn teyn :

betul3..:)