klik klik !

22 August 2011

Laa..senang rupanye nak totop aurat ni..

HYE YAYAH !

Sekarang ni orang asyik dok bahas &gadoh pasai gaya pesyen atau etika pemakaian wanita muslim yang betul-betul ho liau.

Orang selalu cakap.. *ayat common*

" asalkan tutup aurat..biarla nak berpesyen pun , bukannye salah pun .." 

" pompuan xboleh lari dari pesyen .. sape tanok nampak cantik .."

" nak ikut peredaran fesyen terkini pun salah ke?? janji tutup sepenuhnye okay la .."

"kene la tau berpesyen .. mcm xsesuai bila ada meeting or dinner kat hotel pakai tudung biasa je .. nampak selekeh la.."

Isu ni memang hot kalau nak dibahaskan.. betul tak? lagi2 dah makin ramai sekarang ni yang start pakai turban macam yuna pakai tu.. tudung siti , tudung syiria , tudung awning , shawl & hana tajima dan tudung saji..

tudung saji pesyen totop sebelah mata.
tudung saji : gambar hiasan. =D

Straight to the point , orang selalu tanya tudung macam ni okay x? baju ni okay tak? so, ni jawapan paling mudah..

"MACAM MANA PAKAIAN YANG DIBENARKAN UNTUK TUNAIKAN SOLAT, MACAM TU LAH PAKAIAN MENUTUP AURAT YANG MENGIKUT SYARIAT ISLAM. KALAU KORANG RASA PAKAIAN KORANG TU TAK SESUAI UNTUK BAWAK SOLAT. ITU MAKNANYA PAKAIAN KORANG ADA SOMETHING WRONG.." 
Simple kan? jadi, ni la jawapan paling mudah untuk jawab semua persoalan bagi pompuan2 yang ade problem pasai etika pemakaian pesyen2 diorang tu. korang nilai je lah sendiri ye.. aku tak cakap baju macam ni tak boleh, or tudung macam ni tak boleh, haram atau berdosa kalau pakai. tapi, pakaian yang sempurna ialah pakaian yang bila kita nak solat tanpa telekung pun kita dah boleh solat. paham tak? kalau tak paham berdoalah semoga Allah diberikan hidayah untuk paham..=) 

Nak berpesyen pun , cukup lah sekadar bersederhana. jangan la nak melebih-lebih sampai menarik perhatian lelaki, dan yang paling penting, NIAT kite berpesyen. kalau niat kite berpesyen & berhias adalah untuk pamerkan kecantikan rupa paras hak milik setiap insan tu kat laki-laki ajnabi..tu TABARRUJ namanya..dan hukumnya HARAM. 
DALIL : Firman Allah dalam Al-Ahzab : 33
"janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu.."   

Tapi malangnya, zaman sekarang ni sudah ramai yang menghalalkan tabarruj dan menganggap pesyen tu sebagai "gaya muslimah islami"..dan kalau ikut akidah, kita memang tak boleh bersolek sampai mengubah keaslian rupa paras kita. seolah-olah kita telah mengubah apa yang Allah ciptakan. kalau kulit dah gelap tu toksah la bersolek tebai sampai kulit tukar jadik kelabu sebab nak nampak putih. huhu.  

Islam tu kan indah, jangan risau..masih ada tabarruj yang HALAL! iaitu berhias & bermake-up tebai-tebai soploh inci, tempek pemerah pipi dan lipstik warna seterawberi berkilat2..tudung berwarna-warni lilit kepala dan tengkok smpai ke kaki sekalipun, asalkan........................................hanya dihadapan suami. haaa..pakai la apa pun korang nak, make up la sampai jadi cantik macam mane pun asalkan untuk tatapan suami je..and automatik jadik HALAL. dapat pahala lagi, insya Allah..:)

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan di dunia ialah wanita solehah.."
p/s : maaf kalau ada yang terasa. satu tanggungjawab bagi aku untuk sebarkan perkara ni sebab ramai orang islam tak tahu & buat2 tak tahu. peringatan untuk diri aku sendiri jugak. wallahu'alam..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

36 comments:

Siti Arfah said...

Entri yg bermanfaat. Alhamdulillah. ;)

Muhammad Amirulhazim Alias said...

seriously baru je letak status pasal tabarruj . dah ada orang buat entry . nicely written though :)

Shamsuddin Amin said...

cantik tudung siti tu... hahahah

A i n n u r said...

@Siti Arfah :

alhamdulillah..:)

A i n n u r said...

@Muhammad Amirulhazim Alias :

yeke ni? waaa..kebetulan pulak..:)

maceehhhhhhhhh ^^

A i n n u r said...

@Shamsuddin Amin :

kan? hahahah.

dhiera said...

tak berkenan dengan tudung saji siti tu~
nice sharing. thanx

Faaizz d. Zul said...

menarik.
bila baca entri tabarruj dari sister sendiri.

suka ini -> "KALAU KORANG RASA PAKAIAN KORANG TU TAK SESUAI UNTUK BAWAK SOLAT, ITU MAKNANYA PAKAIAN KORANG ADA SOMETHING WRONG.." "

A i n n u r said...

@dhiera :

hehe..hodoh kan? :D

A i n n u r said...

@Faaizz d. Zul :

macehhh ^^

Saiazuan said...

fesyen fesyen dan fesyen.. diorang ni suka brfesyen je, takut ketinggalan zaman.. tapi xtau dan taksedar hukum agama..

fadh leyanie said...

sama-samalah kita renungkan..:P
suka entri ni..

ILA HonEyBuNNy said...

terima kasih kerana mengingatkan kami semua...

macam2 fesyen sekarang neh kan....pening kepala tgk...moden sungguh..ehheh

A i n n u r said...

@Saiazuan :

huhu..nafsu~

A i n n u r said...

@fadh leyanie :

ye..saling mengingati..:)

A i n n u r said...

@ILA HonEyBuNNy :

alhamdulillah..:)

Abang Stalker said...

da bloglist masuk :)

abg setuju sgt.kdg2 abg pelik jgk tgk tudung prmpn skrg ni.bkn nk tutup aurat,function dia da jd lain.sbg aksesori plk.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

btol tu..bukan susah pon nak tutup aurat..senang jerk.. cuma kita jerkk yg membuatkan ia jadi susah...

Amy Syaquena said...

alhamdulillah satu perkongsian yang baik , tertarik pula lihat tudung siti tue hehe..


http://www.sinarraudah.com/2011/08/pelaburan-yang-bijak-dan-menguntungkan.html

AsyieqiN Rkey said...

wahh..like!...leh wat panduan..

A i n n u r said...

@Abang Stalker :

hehe..macehhh ^^

emmm..tau takpe..:)

A i n n u r said...

@C.M.A @ CikMoonAdnan :

nak buat benda baik ni memg payah kan..huhu..

A i n n u r said...

@Amy Syaquena :

saya pun tertarik..hehehe

A i n n u r said...

@AsyieqiN Rkey :

maceh..:)

kura said...

jawapan yg mmg superb. Heheh

amny said...

nice..:)

tapi masih xpahm dengan istilah tabarruj..cmne tu ek??

A i n n u r said...

@kura :

heh, jawapan yg buat org senang phm. :)

A i n n u r said...

@amny :

okay, nanti ain terangkan ek. :)

Finaz Jaafar said...

Ini peringatan yang bagus untuk semua wanita..almaklumlah,skrg sume nak cantik, nk cun,nk brgaya..

Anonymous said...

I really miss U!!=(

A i n n u r said...

@Finaz Jaafar :

alhamdulillah..:)

A i n n u r said...

@Anonymous :

studyyyyyy2..=)

Saiazuan said...

baca ni lg.. nk new entry...hehe :D

shishi.. said...

setuju...cian ct jd model...hahahhaaa

✿Dear Yayah✿ said...

@Saiazuan :

hehehehe..:D tadak masa nak menaip..

✿Dear Yayah✿ said...

@shishi..:

hehe..sapa suh pakai tudung saji.