klik klik !

15 April 2013

Mengapa rakyat kita takut untuk bersuara?

Eh sape ni:p



Sedang menggodek-godek laptop terjumpa gambar2 masa kena interview buat research utk asgment social studies. teringat mcm mana gelagat dan respon pakcik ni, dia bekerja sbagai pemandu teksi kat kl sentral. :)

Masa ni, soalan2 yg aku tanya lebih kepada apa pendapat dan komen dia sebagai rakyat berkaitan parliament Malaysia and kalau ada apa-apa yg dia nak suarakan. pakcik ni mulanya mengelak dan tak mahu beri apa-apa komen. siap tutup muka lagi, tapi aku cuba berikan soalan lain dgn harapan ada jawapan best sebab nak buat video utk exhibition group kiteorang nanti. hihi

Tapi syg, dia tetap tak mahu cakap pape. katanya tak berani nak komen. malah, ada yg kata nanti bias la, takmau cakap pasal politik la, isu sensetip la and mcm2 lagi. hmm, rasa agak sedih dgn tahap pengetahuan rakyat yg sepatutnya bertanggugjawab dan ambil tahu walaupun sikit pasal hal-hal negara kita. Lagipun aku bertanya tentang parliament Malaysia, bukan parti politik. Tapi rakyat sekarang sering tersalah faham dan tidak dapat membezakan semua ni. Salah ke nak bercakap atau berikan pandangan kita demi negara kita yg terchenta ni? adeh. 

Tapi, mungkin juga sbb rakyat kita tidak didedahkan, dieducate dgn hak2 dan kuasa mereka myebabkan ramai yg menyekat kebebasan sendiri dan tak dpt bezakan byk benda@salah fahaman mengenai byk konsep. bukan pelajar undang2 atau yg dlm bidang2 tertentu je perlu ambik tau psl hal2 ni. ni hal 1 m'sia. :) 

Sekiranya anda setuju katakan kita negara demokrasi & rakyat punya kuasa jadi knapa masih ada rasa takut? kena ugut ke? dan..adakah kritikan membina @ pendapat utk penambahbaikan itu satu perkara yg salah and terlarang? 

Aku sebnrnya mgharapkan jawapan-jawapan & suara-suara rakyat utk luahkan apa perasaan mereka. gembira ke, bersyukur ke, kecewa ke ataupun apa saje. tapi semuanya memilih utk diam dan mengelak. erm, nampaknya rakyat kita masih ramai yg belum celik mata lagi. 

kita ada hak utk bersuara. bersuara tidak semestinya menentang atau membangkang, menyokong juga perlukan suara. bersuara la sebagai rakyat yg cintakan negaranya. :)

No comments: