klik klik !

15 April 2013

How to define "baik"?




Apa yg aku perhatikan, masyarakat sekarang memandang Islam sekadar cukup dgn bersimbolkan solat dan puasa, fullstop! memang solat tiang agama. tapi, Islam BUKAN tertegak dengan solat je. Allah dah sebut dlm surah al-Baqarah ayat 208 "masuklah kamu ke dalam islam secara menyeluruh" so, takda tengah-tengah, takda separuh-separuh, takda sekejap-sekejap, takda sikit-sikit. secara TOTAL ye anak-anak.

Jadi, nak total kene la pastikan buat dan jaga semua benda tak kira la solat, puasa, aurat, ikhtilat antara different gender and so on.

Tapi tula..akhir zaman ni, benda2 baik ibarat sesuatu yg ganjil di pandgn mata mereka yg jahil. tetapi benda2 mungkar & maksiat, ibarat perkara biasa & norma dalam masyarakat kita. Malah, definisi "baik" di Malaysia ni lain. sebab tu benda-benda maksiat dah jadi norm kt Malaysia. tanya diri sendiri how kita define "baik" tu? sekadar pakai tudung n solat tu baik? 

BAIK: amalkan "amar makruf nahi mungkar". Buat apa yg Allah suruh dan tinggalkan yg Allah larang itu "baik". 

Jadi, macam mana kalau..
kalau cukup solat tapi tak pakai tudung?
kalau pakai tudung tapi tak solat?
kalau pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan?
kalau pakai tudung tapi baju jarang berbayang?
kalau pakai tudung tapi jarang nampak bayang batang leher? 
kalau pakai tudung tapi jarang nampak rambut? 
kalau pakai baju ketat and form-fitting?

Macam mana kalau kes gini? dia baik, tapi cuma ada certain benda yg dia kurang. acano eh?

Haaaa...itu maknanye tak cukup baik la selagi tak embrace Islam sepenuhnya. Tak kan nak menangkan vogue fashion terkini lawan dgn hujah hukum kot cik kak cik abang oi? 

Hmm still rasa dah cukup baik? 
Dah cukup baik ke kita dengan tudung bungkus kepala? 
Dah cukup baik ke kita bila pakai baju panjang tapi ketat jarang berbayang? 
Dah cukup baik ke kita bila keluar rumah stokin pun tak pakai? 
Dah cukup baik ke kita hanya dengan cukup solat 5kali sehari?
Dah cukup baik ke kita kalau Quran sehari 1m/s pun susah baca? 

Ok la aku bagi contoh. Llet say..a girl pakai tudung tutup dada, Then pakai long sleeves and stoking siap. haa..that's baik for Malaysian standard. But jujur la, cuba tanya diri sendiri..rasa cukup baik ke kita ni? Ye, aku pun rasa jahil & tak baik. Tapi cukup ke sekadar rasa je tapi tak berubah? 

Sebesar-besar dosa ialah apabila kita rasa berdosa melakukannya. Kita tau perkara tu haram and berdosa tapi kita tetap buat. Na'uzubillah. :'(

Still rasa diri dah cukup baik? 
Rasa dah cukup kumpul pahala & bekal amalan semua? 
Rasa dah boleh jamin masuk syurga? 

Even though kita masih muda, jangan terpedaya dengan umur yg panjang, kerana syarat mati itu bukanlah tua. 

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kpd kita hari ni utk hidup & menghirup udaraNya. jadi, persiapkan diri dgn amal yg secukupnya sementara masih diberi kesempatan ni. 

Kalau tanya..macam mana nak jadi baik..? Caranya: pengislahan diri. Takpe, berubah sikit-sikit asalkan istiqamah. So kena make sure bertambah and settlekan semua tak kira dari sudut aurat, ibadat, ikhtilat, insya Allah semoga kita hidup mengikut syariat. 

Ermmm.. Jangan bila soal kawen je baru nak ikut syariat bang.:P  

(PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DULU. SILA SEDAR DIRI AINNUR)