klik klik !

15 April 2013

Aku mati hidup kembali.




Semalam sebelum tidur, mcm biasa aku kunci jam nak bangun esok. taktau kenapa tetiba aku terfikir.. 

"aku kunci jam ni konfiden je esok aku bangun lagi. kalau la esok aku mati....." 

gulpp! takutnye.. 

Bangun pagi ni, aku teringat yg aku ada bermimpi semalam. aku mimpi aku MATI. ye, dlm mimpi tu nyawa aku ditarik & aku dah takda lagi didunia. mati tu sendiri dah menggerunkan bunyinya, banyangkan lah perasaan aku masa tu. 

--------------------------------------------- 

"ya Allah, aku dah mati? aku dah tak dapat nak buat apa. aku dah mati ya Allah.. aku tak sempat solat taubat sebelum tidur tadi. banyak dosa aku. cukup ke bekalan amalan aku ni?? ya Allah Kau ampunkan la aku....." 

Mcm2 aku fikir masa tu..takut sgt bila memikirkan dosa-dosa yg belum sempat aku mohon taubat dariNya. tapi, aku tetap terima hakikat yg nyawa aku dah ditarik. terima hakikat yg aku akan menerima balasan atas dosa-dosa aku didunia! Allah..(
_)

----------------------------------------------

Tapi bangun pagi ni, alhamdulillah! semuanya hanya mimpi. Allah izinkan aku bernafas lagi! Dia masih beri peluang untuk aku bertaubat, merasai rahmat & kebesaranNya. sesungguhnya hidayah Allah tu bermcm cara. 

Aku berpeluang merasai mati dan hidup kembali. kini, aku dpt rasakan betapa nikmatnya udara yg aku hirup, betapa syukurnya berkesempatan utk berubah & bersyukur dgn segala rahmat yg Kau berikan. sesungguhnya, syarat mati bukanlah usia. ingat, bila-bila masa nyawa kita boleh ditarik!

Tapi aku terfikir..bagaimana dgn kawan2 aku yg tak solat? kwn2 aku yg tak menutup aurat & hidup bergelumang dengan maksiat? Adakah mereka juga menerima hidayah Allah untuk berubah? Kalau tidak, tidakkah mereka takut sekiranya mati tanpa sempat berubah? na'uzubillah. 

Kawan-kawan, 

Seandainya benarlah nyawa aku ditarik seperti dlm mimpi aku, aku mohon semua ampunkan lah dosa-dosa aku, halalkan apa yg pernah aku makan, ambil, pakai & hutang@janji yg belum tertunai. tak sanggup rasanya mati tanpa selesaikan hutang yg akan mjadi beban aku disana nanti.
o

No comments: