klik klik !

04 October 2011

Ada ape dengan ego hah?

HYE YAYAH !

Antara lelaki dan perempuan siapa yang paling-teramat-sungguh-sangat-hyper-over-banyak-gile ego? aku pasti ramai yg akan bagik jawapan mengikut diskriminasi gender. sebab kalau tanya aku pun aku akan cakap lelaki lebih ego. muahahaha. xD

Situasi 1
Boboy : kau ego! aku dah mintak maap ni kenapa kau nak bising lagik? disebabkan ego kau tu, masalah kita ni takan settle tau tak? maafkan je aku kan senang. kalau kau tak ego kau terus akan maafkan aku.

Gegurl : kau yang ego! kalau kau tak ego, kau dah mintak maap kat aku 4 hari yg lepas dan bukannya baru sekarang! memang kau yg ego! aku tanak maafkan kau lagik.
ni tengah marah ke gelak ni. bhahah. xD

Okay, berdasarkan lakonan dialog diatas ni sape yang ego? haha. actually, lelaki perempuan sama je. *adil dan saksama* bagi aku, ada lelaki yg ego tinggi dan ada jugak yg hampir-hampir takda ego. begitu jugak dengan perempuan.

Tapi, ego lelaki dan perempuan kadang-kadang berbeza okayy.

Normally, lelaki ego sebab dia rasakan dia hehbat dan berkuasa. yg dia tau, asyik nak menang je dan anggap dia lebih dari org lain. bak kate org, ego tu aset lelaki~ kononye..untuk tundukkan orang especially pompuan lah kan. mentang-mentang kuasa talak ditangan kau, kau rasa kau ada kuasa veto dan bajet macho kemain lah dengan gaya keegoaan kau tuh. puihh~ *emo gile pompuan ni. haha*

Perempuan pulak egonya lebih kepada rasa malu. *tapi, biasa la pompuan malu kan?* cuma, maybe nampak ego bila dia nak cover malu dia lagi2 bila dengan lelaki. kadang-kadang ada jugak perempuan yg ego sebab dia rasa nak menang. dia takan mengalah selagi dia tak menang. mcm lah boleh dapat award pulak bila menang kan. tapi, tapi tak semua pompuan ego mcm ni okayy, bagi aku pompuan yg macam ni perlukan lelaki yg egonya lebih tinggi supaya boleh lawan dia balik. dush2~ hehe. *jangan mara ek kalau terasa*


Tapi bagi aku, sifat ego tu perlu dikawal dan ada batas2nya. jangan ikutkan sangat ego tu sampai merosakkan hubungan kita sesama manusia. apa la yang ada dengan ego tu? mungkin disebabkan keegoan kita, kita dah terlepas banyak perkara dan peluang yg datang dalam hidup ni. beralah tak bermakna kita kalah. lagipun, biar lah malu sekejap daripada menyesal seumur hidup kan?  :)
Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.” (Riwayat Anas Bin Malik)


Ini sekadar pendapat aku. any kritikan atau komen dialu-alukan. :)


Terima kasih baca yek! ^^

32 comments:

putri noor syamimi said...

teringat fasya yang tidur dengan egonye! wakakakaka...XD

✿Dear Yayah✿ said...

@putri noor syamimi :

hahaha. ha'ah kan. :D

Atiqah Farhana Safian said...

waa! camne ghomannye kalau camtu? haha

Muhammad Amirulhazim Alias said...

FAKTA DI ATAS TIPU !

*tengah ego ni . haha .

nik lan nik mat said...

keegoan membawa kehancuran

✿Dear Yayah✿ said...

@Atiqah Farhana Safian :

tiqah,

xpaham. bhahah!

✿Dear Yayah✿ said...

@Muhammad Amirulhazim Alias :

heyy , fakta ni sahih lah !

*ego+emo. bhahah

✿Dear Yayah✿ said...

@nik lan nik mat :

yeah betol3. :D

smilenajah93 said...

kite perlulah bertolak ansur antara satu sama lain :)

ILA HonEyBuNNy said...

apa pun...ego kita biarlah bertempat kan...

sekali sekala mengalah ok gak..jangan ego ja memanjang...hehe

Saiazuan said...

hmm pendapat ak la kan, laki n pompuan sama je ego diorng.. sebab ego? tak ada kesabaran yg tgi.. klu tgi daya kesabaran tu, insyaAllah ego boleh dikikis..

✿Dear Yayah✿ said...

@smilenajah93 : yes, u'r right :)

✿Dear Yayah✿ said...

@ILA HonEyBuNNy :

biar berpada2 la kan..:)

✿Dear Yayah✿ said...

@Saiazuan :

yeah, sabar tu byk faedahnye. :)

dhiera said...

setuju! kalau tanya saya pun, saya akan cakap lelaki ego~ wink wink

ceritasekupang said...

ego kalau tak kena tempat membawa keburukan lebih dari kebaikan...

✿Dear Yayah✿ said...

@dhiera :

hehe..yes. ade penyokong. kehkeh

✿Dear Yayah✿ said...

@ceritasekupang :

ye..betul3..:P

fadh leyanie said...

ego..emo..adik beradik..
sama spesis..:)
apa2 pn elakkan 2 perkara diatas untuk terus maju.*tetiba

✿Dear Yayah✿ said...

@fadh leyanie :

hehe..tapi betol tu..setuju ^^

Anonymous said...

did I ego to you?:(

✿Dear Yayah✿ said...

@Anonymous :

idak eh. incik anon baik sgt. :D

zati embong said...

jat kalau da geram,mesti ckp,"penting sgt ke nk ego,xbleh ckp elok2?" hihi

✿Dear Yayah✿ said...

@zati embong :

hehehe..emo nmpk. :D

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

bagi akak lelaki sgt ego.. sbb akak sendiri dah cukup penat beralah dengan lelaki yg sgt ego.. sehingga diri sendiri yg terluka.. huhu

Abg Stalker said...

dats rite..ada betulnya.sbnrnya dua2 ego.sorg ego nk dipujuk malu2 la konon,sorg lg bajet.sama2 la kne saling bertolak ansur.kenali pasangan anda dlu. :)

P/S: gmbr tu si lelaki tgh tnjuk gigi emas yg bru dia bt.prmpn tu eksited.haha ;))

cik nAdyYa ツ said...

ter0s teringat kat exbf yg sgt2 ego !
huhhh ! =="

msredcheesecake said...

Besarnya ego bergantung pada individu, bukannya gender...

✿Dear Yayah✿ said...

@cik nAdyYa ツ :

huhu..sabar k..:)

✿Dear Yayah✿ said...

@msredcheesecake :

ye..betui tu..:P

Nadzmy said...

ego dan ego..sesuatu yang mencabar..

✿Dear Yayah✿ said...

@Nadzmy :

mencabar? hee