klik klik !

07 March 2012

kenapa jadik macam ni? kenapa?? T.T

yo yo yo watsuuppppp?

aku baru je habis exam legal history tadi setelah semalaman tak tido. *erk?* actually sungguh awal aku tido. well-prepared la katakan. ehem. *kembang hidong* then, habes je exam pukul seblas tadi terus aku online jek memanjang kan. tak sedor diri yang khamis ni ada exam lagik. -_____-'

watevaaaaaaa~

bukan itu yang aku nak cerita. tadi, sambil aku dok melalut-merepek-menghabis dan membuang masa dok merabun menghadap lappy, aku pun terpandang la jam kat desktop lappy ni. mata terbeliak-terkojut-tergabra-tersegala-ter la kan bila nampak hari ni dah tarikh.........

ENAM HARI BULAN??? oh tidaaakkkkkkkkk.

serius, aku terkejot berok arnab comey gitu bila tengok tarikh tu tetibe dah jadik nam haribulan. selama ni ada aku kesah harini berapa haribulan pun. hailaaa..means 4hb haritu ahad. and birthday abah hari ahad tu. T________________T

minggu lepas aku balik & ada kat rumah dari selasa sampai sabtu. cuti sebelum midterm exam ni. aku bagitau abah nak balik hari sabtu. abah pujuk, "awalnya nak balik kak, ahad kan cuti lagi.." kata abah dengan muka tak rela aku balik. sobsobs.

tapi, aku balik jugak. abah pun rela jela. rupa-rupanya abah suruh stay sehari lagi sebab ahad tu birthday abah. Y____Y and aku tak ingat langsung. apakepunya anak macam ni? birthday bapak sendiri tak ingat! teghokkkk betoi! takgune! useless! ngekk! ngeng! ngong! ngang! selfish! comey! *erk


Aku rasa macam kehiwa sangat sebab lupa tarikh birthday abah sendiri. teringat hari ahad tu abah call aku. abah sembang gelak-gelak kenekan aku sebab dia baru bagi aku blackberry. *bb pusaka dari abah* mesti masa tu abah tengah tertunggu-tunggu aku wish birthday dia. oh.. oh kijamnya hatik kuu. uuuuu~ 

Disebabkan kechiwa sgt, aku teruih rembat bantal mucuk yg tersadai di lantai lalu menutup muka. aku rasa sebak gila. serious. kechiwa hingga menusuk ke sanubari yg paling dalam sekali. *ceh

mula-mula aku nangis ehek ehek tak keluar bunyik lagi. tetibe roomate aku datang , "weh......nape ni??" terus aku tacing terlebih and... "huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...." menangis meraung doploh harakat bagai nak rak tersengguk-sengguk mengalahkan somi larik ikot betina indon. ciss

serious aku menangis tersengguk-sengguk. aku sedih sangat weh. aku bayangkan mcm mana la aku nak call and explain dekat abah yg aku terlupa birthday dia? T_T mencik mencikkkk. yih

fasya : kenapa ni ainnur?
aku : uwaaa uwaaa
fasya : weh..sape buat kau ni? *terus hadap lappy aku carik apa yg menyebabkan aku nangis*
aku : uwekkk uwekkk
fasya : ********* buat ke?
aku : embekk embekkk *sambil geleng kepala
fasya : ***** buat?
aku : uhukkk uhukkk *geleng lagi
fasya : **** buat? ke ****?
aku : geleng lagi.
fasya : habis apahal nangis ni? ada orang nak masuk minang ke?
aku : erk..? -,-'

lepeh tu, tanpa berkata sepatah pun, aku rembat henpon teruih keluar bilik. aku call ibu dulu nak ngadu.

aku : buuuuuu...*suara serak nangis.
ibu : hah, apasal ni?
aku : ayung lupaaaaaa.. *pitch suara dah makin meninggi. bersedia utk merengek.
ibu : lupa apaaa?? *nada risau
aku : ayung lupa birthday abahh..tadi tengok date kat lappy baru perasann..bla bla bla bla *ok, pitch dah tinggi. meraung tahap petala kelapan.*
ibu : diam.
   
ibu : bila masa birthday abah pulak ni?
aku : teruih benti nangis. *aik? O.o

setelah berfikir selama doploh saat.

okay, birthday abah aku 3.4.2012 dan bukannya 4.3.2012. -____-'


and aku was like........errrr, benda bodoh apa aku dah buat ni. -____-' and reaksi ibu??

ibu : kah kah kah kah. apa la kamu ni.....
aku : errr.. jam kat lappy tula.....-___-' *menyalahkan jam utk menutup malu.
ibu : buat terkejut ibu je. ingatkan lupa exam ke apaaa..hish
aku : heh...*gelak macam tanak nak gelak.

sebab, sejujurnya aku still malu. nasib baik tak telepon abah dulu. imagine kalau aku pi telepon abah nangis-nangis mintak maap sebab terlupa birthday dia? -_-'  agaknya abah aku nak cakap apa? "apa kene anak aku..baru midterm exam dah pressure sampai giler ke..?"

perkara yg sama terjadi kat aku dulu ---> http://ainchocolate-ainnurafiffah.blogspot.com/2011/05/esok-6-mei.html -____-'


terima kasih baca ye. -____-'