klik klik !

31 December 2011

aku akan berhenti belajar dan buat business!

HYE YAYAH !

Di hari-hari yg sungguh membosankan ini, *bm fail* al-maklum la cuti. aku nak study tapi tadak hati, so daripada aku dok merabun online fesbuk doplohpat jam sampai tak tido malam mata lebam, aku tekad merajinkan diri menjahit dan membuat macam2 benda guna kain felt. korang tau tak? perempuan mesti ramai yg tau. ^^
Aku minat giler dan giler minat dekat kain felt ni. kalau korang spesis yg berseni kretip, macam2 korang boleh buat guna kain ni. kad anniversary, keychain, teddy bear, cekak, brooch, headband, dompet, and so on. 
ni keychain aku sangkut kat handbag. bunga-bunga lebiuu  tu. suweeettt tak akuh? hahaha. puihh
penanda buku. lebiu  lagik. haha.  
cekak bunga kembang semangkuk. petang2 jenjalan depan rumah semua jiran aku pakat pandang. aku tau ada yg jeles, ada yg terpikat. kah~ kah~ 

manik tu aku jahit serabai sikit. okay la. fine, serabai banyak. =..='
beg ni aku jahit siap dengan zip. senang nak simpan duit syiling utk laundry baju. heh~ heh~ 
lagi satu cekak bunga. asyik2 biru, boring betoi kan. =..=' 
aku jugak buatkan ''sleeping bag'' untuk henpon aku. HAHA. simple jep~
brooch reben-reben. >.< aku tempek kat beg. comey jep. heee
satu-satunya cekak reben. keh~ keh~ buruk gilerrr. -,-'

Tapi ekceli benda ni agak mengisi masa lapang dan berfaedah la jugak. hek~ haritu aku pergi Plaza Alam Sentral, brooch bunga felt harga 3,4 hingget! dah la kicik cekonet je. baik aku buat sendiri, jimat duit. $__$  
Minggu lepas aku balik kampung, saja nak belagak pakai cekak bunga-bunga tu. lastnye habeh semua nak..makcik aku nak cekak, jiran makcik pun nak jugak, sedara makcik, opah makcik, moyang  makcik dan kawan makcik segala bagai. huh, aku nak benti belajar bukak kedai la macam ni. HAHA. tipu je.  

P/s : aku selalu usha blog ni curik idea. dia ada jual kain felt n barang2 hiasan, nak order siap pun boleh. =D 

Terima kasih baca ^^

30 December 2011

my Yayah berbaju baru semperna tahun baru.

HYE YAYAH !

Aku tau Yayah, hari raya haritu aku tak belikan kau baju raya. maap. T.T

Dah la sebelum ni kau tak berbaju. astaghfirullahal'azim. bernanah-darah bijik mata si teruna, duda, mahupun bapak yg dah berbini empat ber-anak seploh apabila melihat kau yg berkulit puteh gebu tu. seketol seketol terbeliak bulat bijik mata. hish

Jadi kali ni aku belikan kau baju tahun baru yang baru untuk menutop aurat dan urat.


Cantik tak? cantik tak? pink tu, memang girly youu. *geli aku* keh~ keh~ keh~ aku ingatkan nak mekap2 si Yayah ni lagi, tapi aku rasa mcm dah cukop red jambu sgt ni. nanti bertambah menyampah pulak aku nak bukak belog ni. --,--'



Walaupun aku macho, tapi kale pink semart peh! ni lah namanya dalam hati ada taman.
taman leb-leb.  Thanks syg for your help. =)


Terima kasih baca ^^

29 December 2011

antara ciri-ciri calon isteri yg baik. =P

HYE YAYAH !

Petang semalam, Ibu suruh aku buat kek chocolate, adik-adik aku dah boring asyik-asyik kek batik je. =..=' *sebab memang kek tu je yg aku tau. haha* nak belajar malas. heh... 

Tapi, sebenarnya dulu aku ada belajar buat cup cakes dgn makcik sedara tapi dah lupa. so, aku dan Ila telah melakukan cubaan berani mati utk membuat kek chocolate. =P
kuning lagi~
tukar warna dah.
chocolate pekat likat =P
menganggu privacy dan ketenteraman awam.
saya putar Halim~
jeng jeng jeng
dah macam t&*a%h*i$#k@! kah~ kah~
adunan kek sudah 'selamat' dimaksukkan ke dalam oven.
dan..
setelah berpoloh minit sabar menanti.
akhirnya,
inilah hasilnya..
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V
keh~ keh~ keh~ =D
kek ni agak merekah-rekah. okay fine, sangat merekah. -,-' 
tapi tang rekah tu sedap! haha.
and aku pulak malas nak letak chocolate moist atas kek ni. =P
but please,
don't judge the rasa by its rekah.
seriously,
aku tak pernah rasa kek chocolate sesedap ni. *__* 
*sila percaya*
ini lah jawapan hasil daripada survey jiran-jiran tertangga. =P
ehem..ulang suara, sedap. ulang suara, sedap ye. 

p/s : kenapa aku asyik nak meyakinkan orang bahawasanya kek tu sedap? HAHAHA.

Terima kasih baca ^^ 

28 December 2011

having a great date with my sugar daddy ♥

HYE YAYAH !

Semalam aku keluar dating and tengok wayang dengan my lebly sugar dedi! ♥ FYI, dolu-dolu je my sugar tu rajin bawak aku pergi tengok wayang. kalau kira tambah tolak bahagi darab rasanya dah almost seploh tahun kut kiteorang tak tengok wayang sama dah. O.o

Tadi kiteorang tengok cerita Mission Impossible 4 - Ghost Protocol. mulanya aku ingat nak tengok cerita yg suweetttt2 gitu la kan. ada ke cerita action, tak romentik langsung! puihh
Tapi disebabkan pilihan cerita yg ada dekat Ipoh Parade tadak yg best. aku pun setuju jela. reda itu ikhlas, pasrah itu menyerah. *tetiba* HAHA
sibuk je anak-anak sugar dedi aku ni nak ikot. haha.

Tapi bila start je tenyeh bontot atas kerusi, wohoooo! best gilak babun gajah kera arnab zirafah rimau kau! rasa nak tengok lagik je. sampai terjerit bukak langkah silat aku dalam panggung tu. ada satu part tu badan kawan abg Tom Cruise tersepit, aku terjerit "ya Allah..!" sambil terlompat dari kerusi beberapa inci. heh =P
Padahal tadak saspen apa sangat pun, org lain tengah dok fokus pakat senyap. so, memang clean and clear je suara aku berkumandang dalam panggung tu. adik aku; Ila dekat sebelah dah gelak kikikikiki sambil menutup mulut untuk meng-kontrol pitch suaranya. disebabkan aku malu, aku pun gelak sama. kononnya aku saja nak buat lucu letuwww. HAHA *cover* =..='
bersama anak-anak sugar dedi & sugar mami. haha.
sama tak muka kami? heheh. WHAT? jari je sama?  --,--' 
k,fine. aku tau sugar mami aku putih dan cantik. aku tak ikut genetik dia. aku ikut belah abah kut. 
abah terkejut. O.o 

Tapi, masalahnya abah aku hensem juga. huwaaaaaaaaa..aku ikut muka sapa ni. aku anak sapa ni. tertukar bayi ke. aku anak orang gaji ke. T.T *pengaruh negetip drama Indon* 
Semalam kan, first time kiteorang satu family tengok wayang sama-sama. sebelum ni, last kiteorang tengok masa aku darjah berapa entah. Ila, Hafiz dan Ammar belum lahir lagi pun. sekarang, abah lagi suka beli CD then tengok kat rumah. and actually aku pun suka macam tu. lagi selesa nak tengok macam mana pun. nak buat gaya bebas, kupu-kupu, kuat lentang, terkangkang. HAHA.
But, the most important thing is, asalkan satu family aku ada kumpul sama-sama. itu je yg aku nak. thanks mami and dedi. both of you are my sugar. ♥ you so much.    

Terima kasih baca ^^

25 December 2011

Sepanjang hari di 25 disember 2011..

HYE YAYAH !

Harini best sangat-sangat! pagi tadi aku and the geng buat gathering di kepsi Batu Gajah. seronok sangat dapat jumpa balik setelah limablas tahun tak jumpa diorang! *auta*

Kiteorang buat kepsi tu macam bapak kami yg punya. gelak tak hingat dunia, tepuk-tepuk, hentak-hentak meja lagi masa dok hangat bercerita. ada yang sampai jatuh tergolek kerusi meja semua sebab gelak over sangat. ada jugak yg sampai kene panggil ambulans pi hospital sebab semput. semua orang dalam kepsi ternganga menonton aksi kami. femes sekejap~ ehem.

Ekin tersenyum and Kinah tergelak
bacaan doa oleh Nad. hihihi XD
baru habeh baca doa tapi wedges & krushers aku dah tinggal separuh. haha. aku makan dulu sebab lapar sgt dari pagi simpan perut. T.T
Hidayah dan Liyana. (si kembar yg beranak lain2 taun)
with LOVE, ekin cun dan budak comel. HAHA. tak malu.
Aisyah, Ekin, Nad dan..dan..emm tanak perasan lagi dah. lala~

Lepeh tu kami terus jenjalan guna kaki untuk mencuci mata. alhamdulillah rezeki, ternampak sale kasut dilelong 3 pasang 5 hingget! HAHAHA. teruja aku dan Ekin beli kononnya nak pakai dalam bilik la, dekat rumah la, dalam jamban la..bla bla 

muka sakai sambil promote kasut. lelong~ lelong~ 
mana nak dapat 6pasang seploh hingget kan. XD 

Selepeh membeli dan belah, kiteorang bertenggek dekat taman kanak-kanak. 

Kinah berjongkang-jongket 
Nad yg sopan. hikhik XD 

Lepas pueh main kejar-kejar, nyorok-nyorok dan sebagainya. kami pun pulang ke rumah dalam pukul 4 lebih cenggitu. tetiba lepeh asar, mami dan dedi pulak ajak keluar. adeh....

Kiteorang pergi beli barang sekolah anak-anak, *anak? O.o * makluman, semua adik-adik aku dapat kasut sekolah baru. eh, aku nak jugak kasut universiti baru! T__T

Mula-mula ibu cakap tak boleh sebab baru berape bulan lepas aku dah beli. tapi setelah aku buat drama melayu mengisahkan kasut aku yg tapaknya dah menggerutu kehausan akhirnya dapat jugak. 

RM19.90 je. MURAH gilerrrrrrr! konpem aku pakai sebulan dah jahanam. haha. takpe, duit elaun semester 3 nanti ada. kahkahkah =D *gelak keji* 

Lepas tu pergi celebrate birthday Ila yg dah terlewat tiga hari. kesian dia. MUAHAHA! Ila nak pergi makan dekat Simpang Tiga, restoran makanan Padang tu. dia suka sebab pelayan Indon kat sana ganteng. haha. gatai
Lepas tu ingatkan nak balik terus, tiba-tiba abah masuk Jaya Jusco. rupa-rupanya ibu pulak merengek buat drama bersiri Indon kata handbag dia dah buruk. 

Melancong dari Esprit ke Carlo Rino ke Guess ke Fossil dan ke serata kedai di Jusco tapi satu pun Ibu tak berkenan. penat lutut dan betis dan buku lali aku berjalan follow ibu. lastnye patah balik masuk Guess, aku yang pilihkan dan nasib baik ibu suka. ALHAMDULILLAH YA ALLAH! hahaha. kalau tak, lepeh ni pakai kerusi roda la aku. =P
Lepeh tu, kiteorang lalu depan kedai Watatime, terus la aku buat drama keling bercerita kisah jam tangan aku tercicir masa dalam train ETS on the way nak balik UIA haritu. aku tak sedar bila, tiba-tiba je zapppp! dah hilang. *over* dah la dari form1 aku pakai jam tu, sayang sangat. abah bagi lepeh dapat result UPSR pulak tu. sobsobs. T.T
So, abah belikan la aku jam. jenama yg sama macam jam lama yg aku hilang. disebabkan birthday Ila, abah belikan lah sekali untuk dia. lagipun, muka Ila dah jebik mencuka macam jeruk peram setahun. menyampah~ udah ler jam dia sejibik macam jam aku! warna je berbeza. adeh........perlu ke sama? sakit trachea dan paru-paru aku. =..=' 

semua sama. ohh tidak! tidak! 

Kebetulan masa ni ada sale. beli satu FREE satu weh! so, abah just bayar RM200++ untuk dua jam tangan! memang berbaloi~ *promote*

Lepas tu, adik lelaki aku; Hafiz mula memberontak tak pueh hati. dan akhirnya abah belikan dia kasut bola untuk menutup mulutnya yg tak henti-henti merungut kedengkian yg penuh hasad dengki tu. ciss

Namun, tiba-tiba muncul lagi seorang anak lelaki abah yang tak pueh hati. muka masam mintak perhatian kerana sejak tadi dia tidak dihiraukan. abah terlupa yg dia ada anak lelaki sorang lagi. HAHAHA. lastnye ibu belikan dia boxer beberapa helai. kesian..kah! kah! kah! namun, disertai dengan mas kawen seratos hingget supaya adil la sikit. heh
Tapi, ada sorang je yg bagus, adik bongsu aku; Ammar. ibu belikan dia eskrem RM1.50 dekat McDonald  terus dia sengih macam patong McDonald tu tayang muka pueh hati. 

Ibu kata, "kan bagus kalau anak-anak ibu yg lain tu macam adik Ammar.."  =..=' 


Terima kasih baca! :)

24 December 2011

Siapa kenal Faradyable?

HYE YAYAH !
Sape suka layan youtube? kenal tak Farady?
gambar ni aku curik dari fesbuk dia. kuang3. maap Farady maap. :D

Kawan aku post kat wall fesibuk dia video louis armstrong berus gigi yg Farady ni buat.

Then, aku tengok la and terus hadap semua video-video si Farady ni. aku gelak guling-guling terjun tingkap bilik masuk balik ikut pintu beranda rumah dan sambung lagi gelak atas sofa meja karpet dan peti ais sambil terlompat-lompat. *toink toink* hahahaha. sumpah kelakar weh! kalau korang tengok tak gelak pi pindah kat planet lain lah. haha. jom layan jap~

♥ nama saya justin bieber (star wars)
 ayah..ader nak kertas warna~ (kisah si death vader)
♥ temuramah bersama messi
♥ temuramah bersama rooney (kesian Rooney dlm video ni)
♥ england vs belarus
♥ pondan~ pondan~ I
 pondan~ pondan~ II
 pondan~ pondan~ III

Pondan~ pondan~ part IV belum keluar lagik. pi serang Farady kat youtube tanya dia bila nak buat part IV!! #marah ni. >.<

Dalam youtube nama tajuk video dia lain tapi aku tukar ikut sukati aku. hahah, banyak lagi video dia yg best2, tapi yg aku list ni antara yg paling aku gelak tak ingat dunia la. XD

Tengkiuu baca! :)