klik klik !

30 November 2011

Aku dapat panggilan misteri dari....

HYE YAYAH !

Disebabkan aku dah tadak kelas. jadi, aku telah menjalankan satu mesyuarat tergempar bersama Dato' Katil bin Cadar dengan Puan Seri Bantal binti Selimut. yeah, mesti ramai yg kenal sebab mereka ni memang sangat popular dan pemes dan termasyur dalam bisnes pembuatan peta. lama jugak kami meeting, start dari malam tadi pastu benti jap sambong lepeh subuh sampai la ke pukul....erk, takpayah bagitau la kan. tak penting pun. hmmm,

apa yg pasti ini bukan 'puan seri' aku okay. ni peta karya abang Gugel =P

Then, sedang aku lena kusyuk bermeeting tetibe lagu "love you like a love song" berkumandang menandakan masuknya panggilan. aku pun terus menangguhkan meeting demi menjawab panggilan misteri tu. rupa-rupanya miss intan merangkap ex-lecturer aku.

Miss kata, 'i have a good news for you!!' Hah hah hah, aku dah hagak perkara ni akan berlaku. beliau bagitau aku dibenarkan untuk continue short semester ni. yihaaaaa! tegedik tegedik tegedik. #sambil menunggang kuda. hahaha. alhamdulillah syukur sangat-sangat. so, mami and dedi u don't have to come here sebab ai akan masok level 6 semester 2 ni. huhu. doakan aku exit ek? kalau PASS level 6 ni, semster 3 nanti dah takpayah aku menghadap kelas omputeh dah. aku boleh fokus untuk subjek core courses yang lain. =D

Cuma sedih sikit sebab tak dapat stay kelas lama. disebabkan aku dah naik level 6 so, aku kene tukar ke kelas baru. group 109. aku dengar cerita, kelas ni ramai berok a.k.a brothers. hailamakkk, jangan la ramai yg hensem, nanti tak fokus pulak aku. muahahaha. ekceli, aku harap kelas baru ni nanti akan jadi kelas yang terbaik untuk bantu aku exempted. aminn. 
p/s : esok ada test omputeh. doakan aku ek? huhu.

Terima kasih baca! =)

29 November 2011

Menyesal aku masuk UIA!!

HYE YAYAH !

Tajuk cam bangang je kan? apekejadahnye rasa menyesal masuk universiti. haha. sebenarnya kisah ini berkenaan dengan result sem 1 aku haritu. aku kan masuk semester 2 yakni short sem untuk meng-repeat subjek omputeh yg aku failed tu. penyebab yang menyebabkan aku fail adalah disebabkan writing sebab dapat band 4 je. roommate aku recheck so, aku pun recheck la writing aku. sepatutnya keputusan recheck tu keluar tujohblas haribulan tapi baru minggu lepas madam panggil bagitau aku berjaya memboloskan diri dari level 5 ni. =..=' *applause sambil terkembang-kembang hidong*


Madam tu eksaited je nak bagitau yang aku PASS sebab memang jarang sangat budak yg recheck ni nak berubah markah. padahal aku sebenarnya saje je gatai nak perabih tigaploh hinggit tu untuk recheck sebab roomate aku pun buat. tak sangka pulak rezeki aku kan markah tu berubah. alhamdulillah syukur~

Tapi masalahnya, dah empat minggu aku hidop menternak lemak kat uia ni makan, tido, makan, tido tetiba dengan segala hormatnya suruh aku balik macam tu je? kalau bagitau awal2 haritu takpe la. ponek aih aku belajar omputeh walaupun kejap je yang selebihnya makan, tido. dah la kelas sikit. habeh duit elaun aku guna untuk tampung nafkah nafsu makan aku ni. kalau dok rumah kan dah makan free. haih, duit duit.  $__$

Memang la tak rugi belajar kan. tapi, kelas 3,4 jam je sehari. doploh jam selebihnya memang majoriti tido la kan. ape nak jadi la anak dara pakcik rosdy ni. memang betoi la cakap bapak aku tadak sapa nak masok minang aku. okay fine, memang aku tanak kawen pun!! puihh~ #eh eh..jap nak pikir balik. =..='


Imagine bila aku balik rumah? mesti meroyan-sawan-gila-babi roommate aku sorang2 dalam bilik bila aku yelek tadak. kami dah janji sehidop tak mati nak pulun habis-habisan sehingga ketitisan peluh haprak basah ketiak untuk dapatkan exempted. so, ringanlah sikit beban aku next semester sebab tak payah attend kelas omputeh tu dah kan. tapi nampaknya, impian mahligai istana chenta kami telah musnah angkara orang ketiga (madam) kerana aku telah dihalau dari short semester ni. so, jumaat ni dedi and mami datang hambek. taun depan baru start semester 3. huhuh



Amende tah madam tu suruh aku balik rumah baca sampai bertongkat mata novel omputeh banyak2. haih, sorry to say la kan..but ai ni pembaca tegar novel melayu je okay, especeli novel Hlovate. muahaha. omputeh2 ni harapkan newspaper jela yg ai baca. puihh puihh~

MOOD : kecewa-sedih-hancur-berkecai-musnah-patah hati macam masa malaysia lawan bahrain haritu. =..='
  
Terima kasih baca!

19 November 2011

menziarahi Mid Valley bersama roommate baru!

Sakai tak title akuh? ye..memang. haha. semalam lepeh habeh class, rumet aku paksa ajak aku teman die ziarah mid valley. apekejadahnye ntah die nak beli. akuh yg baik lagi berhati mulia ni pun temankan la. sesampai je kami di mid valley maka, bermula lah pengembaraan tanpa tujuan yg dipandu-arah oleh shuhada merangkap rumet aku tuh. al-maklum lah mid valley tu dah macam rumah ketiga dia selepas uia.


Fuh~ memang penat weh bejalan guna kaki dgn shuhada ni. aku rase kalau semua kedai kat mid tu kedai aksesori, baju dan kasut semata. konpem setiap kedai & butik dia nak terjah. rase nak tercabut kaki akuh ni haaaa tawaf dari south ke north, north ke south beploh kali.. alamatnye tadak sapa la nak masok minang aku dengan kaki separuh-upaya ni. tercabut lutot dan betis aku antara satu sama lain. T.T



Satu lagi habitat si shuhada ni, dia suka sangat tangkap gambar. jadi , memang keja aku jadi photographer jela semedang. nampak spek nak tangkap gambar dgn spek. nampak teddy bear nak tangkap dgn teddy bear. nampak bunga nak tangkap dgn bunga. nampak muka aku yg selenga tengah fedup asyik tangkap gambar dia je then baru la die offer nak tangkap gambar aku pulak. muahahaha XD

hokeyy, jangan cakap haku comey mcm teddy bear ni hokey? dah ramai orang ckp mcm tu sampai haku dah jemu hokey. #perasan gile pompuan ni. kesian.

HAH ! nak tengok gambar shuhada ni tak? sumpah lawa weh..sumpah! haha. putih, tinggi dan arif lagi bijaksana. kalau ade yg berkenan sila hantarkan resume kat aku ye? =P


lihatlah dia posing bersama spek vincci nye~ 

Then, kiteorang jalan-jalan kaki beli aksesori minah ni. dia nak tempek cekak bunga bercorak-corak bagai kat atas kepala hotak dia. aku pun tak paham kejadahnye pesyen tu tapi bila tengok die pakai macam lawa la pulak. kehkeh, manusia kalo dah lawa pakai apa pun lawa ye dak? 
cekak cenggini la die nak pakai kat atas tudung pi kenduri. tapi mahal gak, cekak pun harga tigaploh hinggit? ade yg hampir seratos. hey, gila ape~ 

Lepeh beli cekak, kami terus berjalan-jalan guna kaki , tak disangka-sangka shuhada ternampak sesuatu yang sungguh menakjubkan. WOWWW! #bersinar-sinar mata dia sambil tekedip-kedip kegedikkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

HAHAHAHAHA. shuhada nampak, terbeliak mata dia teruih serbu ke butik GEB yang menempek diskaun 70% tuh. aku pun tergedik-gedik follow shuhada kononnya sama teruja. padahal, aku tanak & takan membelanjakan duit emas aku. dah diskaun 70% pun mahai lagi. yih, syg aih..aku rela lagi perabih duit beli makanan, kenyang jugak perut. kan? XD

Bayangkan, aku nak beli baju pakai duit sendiri?? hoo-sekius me? pelesss la~ aku beli baju dengan makbapak saje hokeyy, guna fulus makbapak saje. muahaha. lagipun, aku tak reti la nak shopping sendiri. -___-'


Tapi lepeh tu......usha punya usha, test punya test, pikir punya pikir, aku tak sengaja tertry baju tu, terambil, terbawak ke kaunter tetibe terus terkeluar duit dan terbayar. betol, ini berlaku tanpa sedar apatah lagi niat , nafsu mahupun kewarasan aku. aku taktau macam mana aku boleh TERbeli baju ni. ohmegi, melayang duit aku. -____-' 

Nampaknya aku kene kurangkan tabiat aku mengunyah makanan doplohpat jam sebab dah TERshopping beli baju ni. kehkeh.

Terima kasih baca yek! ^^

11 November 2011

siapa belom tidor? jom main..

HYE YAYAH !

aku tak boleh nak tidor la...........................................jom main?

AAAaaaaaaaaaaa.....chummmmmmm! opp tercampak akuh.

Jom main hingus nak? sehhh..sehhhhh......#bunyik hingus comel.

Wehhhh, batuk seseme aku tak baikbaik lagi. semalam macam dah makin okay, tapi taktau nape malam ni makin teruk. sobsobs. hingus pulak meleleh-leleh ke ladang gandum. jadilah coco hingus tak crunch. yum yumm! bekfas untuk anak-anak genius ke sekolah. cubalah.

coco crunch hingus berbuihbuih. yummyyyy! kehkehkeh =D


Kalau la aku boleh cabut hidung aku macam ni, aku lekat-tempek kat toilet untuk students manfaatkan hingus aku dengan berguna. takde lah terbuang membazir kan? tengok tu..kale hijauu pekat lagi~ i loikeeeeee. :P

Hmm, aku dah telan 3bijik ubat seme dari pelbagai sumber sekaligus dengan harapan seseme aku pun baik sekaligus. tetapi same je. T.T aku nak tido tapi tak selesa, nak pejam mata pun takleh. hingus cair ni tak hentihenti meleleh non stop mcm kedai 7e doplohpat jam. esok class pukul 8pagi. alang-alang dah pukul 3 ni, aku tunggu sampai esok jela. T.T
martina HINGIS. #sedap nama dia. =P

Aku text kawan aku dengan harapan die terkejot terjaga, tapi die tak reply pun. kughang hajaq! hati kau tak terdetik ke di saat aku perlukan kau sekarang ni? T.T #okay ni over.

tengkiuuu baca. sobsobs. #hingus leleh lagi.

06 November 2011

Jangan kita jadik korban sudah..

HYE YAYAH !

Bersemperna hari raya aidilfitri eh aidiladha ni, aku doakan kesejahteraan untuk semua umat islam. semoga semuanya sentiasa dibawah rahmat dan hidayah Allah, semoga semuanya semakin kuat beribadah dan semoga semua semakin dekat dengan Allah dengan pengorbanan lillahitaala. Amin!

eksaited gile terpilih dalam top5 yg kene korban esok. =P

Mungkin, ada yg korbankan kerja nak sambut raya walaupun kalau buat overtime masa cuti ni dapat gaji triple, ada yg korbankan perut sebab berpuasa semalam, ada yg korbankan duit tabung sebab nak buat korban. alhamdulillah, dengan niat yg ikhlas semoga kite semua dapat pahala atas pengorbanan masing-masing. =)

Tapi derr, jangan ada yg nak korbankan diri dengan merempit di jalanraya pada hariraya ni sudah. lain la kau tu lembu kobau tu haa..insya-Allah ke syurga. mat rempit yang terkorban-nahas-dijalanraya ni kemana? lu pikir, lu jawab la sendiri..ingatlah orang yg tersayang..keh3 =P
seksi pulak abang lembu ni dalam gelap..=P 

Tapi, siapa yg tak korbankan apa-apa tu, takpe beb takpe..lepeh ni moh le kite korbankan masa yg terlebih berbelog and berfesbuk ni dengan melebihkan amal ibadat pulak ye.

Kalau tadi lepeh solat dah mengaji quran separuh mukasurat, kejap lagi tambah la lagi 5 mukasurat.
kalau sebelum ni baca quran seminggu sekali, lepeh ni baca la hari-hari.
kalau semalam tidur lambat dok ngadap belog dan fesbuk, lepeh ni tidur awai bangun solat tahajud ngadap Allah pulak.
kalau selama ni setiap pagi belanja kawan air teh 'o' ais laici, lepeh ni ape kate belanja makan nasik sekali. hehehe.

Insya-Allah ibadah yg ikhlas ada ganjarannya lagi-lagi bila kita istiqamah dan semoga iman kita juga semakin meningkat. =)
"pintu bas ekspres..copek la terbolah..tolan la den..makan la den..den komponan tak dibuek korban..T.T"
beginilah rintihan si lembooo yg tak terpilih untuk dijadikan korban tahun ni. huhu. takpe bang takpe, cuba lagi taun depan ye? =P

Salam Aidiladha Buat Semua! ^0^  

Thanks sudi baca ^^