klik klik !

31 October 2011

Result final exam untuk semester 1 dah keluar...T.T

HYE YAYAH !

Lame kan akuh tak hapdet belog ni. ntah kenai ntah idak cik yayah ni kat tuan dia. yelaaa, aku dah makin comeyy konpem die konpius ingatkan aku ni kembar lisa surihani. but it sokey laa, not bad la lisa surihani pun.  *muka bajet*

Sebenarnya seriously aku bukan dlm mood yg baik utk menulis tapi aku rasa aku perlu bagitahu kenapa aku lama menghilang. sebenarnya, alhamdulillah aku dah sah jadi isteri orang sejak 2minggu yang lepas. terkejut kan? mesti ramai yang tak sangka. yee..semua kawan2 aku pun tak sangka dan aku pun tak sangka yang aku dah menipu aku dah mendirikan rumah tangga. hahahaha. *gambar atas tu hantaran kakak shah jihan sebenarnye. xD


Sebenarnya 2minggu lepas, aku ada pesta sukan IPTIM (institusi pengajian tinggi islam malaysia). antara ipt yang masuk bertanding KUIS, KUIM, KUIN, KISDAR, UNITI, IIC and special invited guest ialah peserta dari UNIVERSITI ISLAM YALA, THAILAND. disebabkan kali ni UIA jadi tuan rumah jadi dapatlah menjemput Universiti Islam antarabangsa cenggini kan. tapi, aku tanak cite pasal ni sebab ofcourse la UIA menang juara keseluruhan kan. cehh, riak. tak baik, tak baik.

2hari lepas, member bagitau aku result final exam semester 1 dah keluar. aku pun bukak la portal laman web UIA kan. dan dengan segala bangganya aku tayang secara langsung khas dan exklusif result aku kat belog ni untuk dijadikan pengajaran dimasa hadapan. +_='


eh eh loading pulak. kehkehkeh. 








Please la.. please la jangan kutok result aku sebab aku tengah frust tertonggang-tonggek ni. macam orang baru kawen pehtu tetibe laki mati tau tak. aku paling frust sebab english aku F. yeah! F itu bermakna FUYOOOOH! sebab FAILED! memang la subjek english tu tak masuk dalam CGPA aku, tapi kalau aku tak naik level 6 atau exempted bermakna aku kene attend class english tu berjam-jam seminggu. arghhh..malasnye bangun awal pagi pi class english bila dok teringat benda ni. aku dah semadikan cinta aku kat madam sampai sanggup tatap muka beliau setiap hari sepanjang sem 1..kenapa sem 3 pun jadi begini? -_-' cinta sangatkah madam tu kepada aku sampai tak sanggup bagi aku lepas level5? T.T

Tengok tu haaaa..next level pun level5 jugak. yang lain dah okeh, tapi bahagian writing tu..kenapa mesti band 4? T.T aku tau la aku lupa buat thesis statement tapi mase test dolu-dolu aku terlupa koman-koman pun dapat jugak band 5. strict sangat ke madam yg check paper aku nih. grrrr~ 

So, aku berpikir-pikir nak hambek sem 2 yakni short semester untuk meng-repeat dan menghabiskan level5 ni. ada rezeki boleh teruih exempted and takyah susah payah aku nak pi class english tu dah masa semester 3 nanti. tapi, semester 2 ni kene daftar 2november iaitu RABU ni. padahal aku baru balik dari UIA kelmarin. ahhhh.. mana perginya keghairahan dan keseghonokan aku nak bercuti selama tigabolan seperti yang aku banga-banggakan dulu? mana?mana? oh tidakkkkkk......  T.T

segala perancangan aku selama tigabolan telah berkecai hancur musnahlah semuanya...ahh tidak~ ahh~ jum la kawen takyah belajar. hahaha. xD 

p/s : Petang ni aku nak tukar nombor celcom. selamat tinggal nombor maxis kesayangan aku 017566*6*6. muahaha. xD 

Terima kasih baca yek ^^

12 October 2011

'belog berpuaka' drama bersiri terbaru di tv3

HYE YAYAH !

kih~ kih~ kih~ *belog puaka mengilai*

Dengan segala hormatnya dipersilakan cik Ainnur Afiffah untuk mencemar duli dan berangkat kaki ke belog puaka pusaka khazanah lama turun temurun keturunan beliau. kepak kepak gebung gebung kepak kepak *bunyik kompang* kehkeh.

Goodmorning my yayahhh ^^ 
huaaaaaarghhhhhhh.. alolo comeinye menguap. *err..ok huduh..-_-'*

abang buaya eh badak menguap xtotop mulut..meh sini kitew totopkan mulut nak. :P 

Emmmmm,ok skrg kite lupakan dulu topik bahawasanya aku ni comey. sebenarnya akuh hade masalah global warming nak kepoh cerita kat korang. sejujurnya kan aku taktau la kenapa aku maleh sangat2 nak pikir apekah yang aku nak tuleh dalam entry belog ni. kadang-kadang tu hade je idea. tapi....................................................................................................................aku malehhh. T__T 

Kenapa aku jadik macam ni? kalau nak kata penat hangkut barang nak pindah aku rasa aku hangkut kaki je.-_-' haihh, mungkin faktor pemakanan kut. *tetibe*

Emm tapi betul..sekarang ni aku dah kurang makan nasik jadik, sebab tu lah aku kurang energy untuk memerah hotak berfikir dan mengerah jari menaip,kan kan?betul dak? fuhh lega sungguh. hahah nasib baik akuh dah tahu apa puncanya dan nasib baik nasik goreng ibu buat semalam ada lagik seperiuk. alhamdulillah.. kbai.   

terima kasih sebab terbaca yek! xD 

04 October 2011

Ada ape dengan ego hah?

HYE YAYAH !

Antara lelaki dan perempuan siapa yang paling-teramat-sungguh-sangat-hyper-over-banyak-gile ego? aku pasti ramai yg akan bagik jawapan mengikut diskriminasi gender. sebab kalau tanya aku pun aku akan cakap lelaki lebih ego. muahahaha. xD

Situasi 1
Boboy : kau ego! aku dah mintak maap ni kenapa kau nak bising lagik? disebabkan ego kau tu, masalah kita ni takan settle tau tak? maafkan je aku kan senang. kalau kau tak ego kau terus akan maafkan aku.

Gegurl : kau yang ego! kalau kau tak ego, kau dah mintak maap kat aku 4 hari yg lepas dan bukannya baru sekarang! memang kau yg ego! aku tanak maafkan kau lagik.
ni tengah marah ke gelak ni. bhahah. xD

Okay, berdasarkan lakonan dialog diatas ni sape yang ego? haha. actually, lelaki perempuan sama je. *adil dan saksama* bagi aku, ada lelaki yg ego tinggi dan ada jugak yg hampir-hampir takda ego. begitu jugak dengan perempuan.

Tapi, ego lelaki dan perempuan kadang-kadang berbeza okayy.

Normally, lelaki ego sebab dia rasakan dia hehbat dan berkuasa. yg dia tau, asyik nak menang je dan anggap dia lebih dari org lain. bak kate org, ego tu aset lelaki~ kononye..untuk tundukkan orang especially pompuan lah kan. mentang-mentang kuasa talak ditangan kau, kau rasa kau ada kuasa veto dan bajet macho kemain lah dengan gaya keegoaan kau tuh. puihh~ *emo gile pompuan ni. haha*

Perempuan pulak egonya lebih kepada rasa malu. *tapi, biasa la pompuan malu kan?* cuma, maybe nampak ego bila dia nak cover malu dia lagi2 bila dengan lelaki. kadang-kadang ada jugak perempuan yg ego sebab dia rasa nak menang. dia takan mengalah selagi dia tak menang. mcm lah boleh dapat award pulak bila menang kan. tapi, tapi tak semua pompuan ego mcm ni okayy, bagi aku pompuan yg macam ni perlukan lelaki yg egonya lebih tinggi supaya boleh lawan dia balik. dush2~ hehe. *jangan mara ek kalau terasa*


Tapi bagi aku, sifat ego tu perlu dikawal dan ada batas2nya. jangan ikutkan sangat ego tu sampai merosakkan hubungan kita sesama manusia. apa la yang ada dengan ego tu? mungkin disebabkan keegoan kita, kita dah terlepas banyak perkara dan peluang yg datang dalam hidup ni. beralah tak bermakna kita kalah. lagipun, biar lah malu sekejap daripada menyesal seumur hidup kan?  :)
Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.” (Riwayat Anas Bin Malik)


Ini sekadar pendapat aku. any kritikan atau komen dialu-alukan. :)


Terima kasih baca yek! ^^