klik klik !

30 August 2011

melantak di chili's mid valley !

HYE YAYAH !
Ni cerita lame okayy. haritu coach debat aku ajak bukak puasa kat mid valley. die bawak makan kat chili's. homakkau..harganye like hell u know~ haha. nasib baik tajaan sdn bhd. kalau sendiri bayar bhd memang xmampu ler, lagi2 aku just bawak cukup2 tigaploh hinggit je pi mid valley tu. 

Sebabnye memang tak pena terlintas or terpikir pun nak makan bayor sendiri. bhahaha. alhamdulillah la coach aku tu paham yg memang kami dtg nak makan je. tapi makan kat sane memang heaven lah. sedapp and for sure lah tersangat kenyangg kan ! aku makan ayam crispy honey ape tah aku tak hingat. fuhh ! sedapnye wa cakap lu sampai menjilat kuku derr. :D
welcome. :D *melayang fulus $$$$*
tengah tunggu turn nak dok meja tuk melantak. 
posing sebelum mencekik
posing ketika sudah separuh mencekik
posing setelah habis mencekik. *khai, abg izzat n lokman* nampak tak muka kenyang diorang? tapi kenapa mulut masih ternganga. timbul sedikit persoalan disitu. ==" 
cantik gambar ni kan? muka senget semuanye. haha. 
posing..err..sukati nak cekik tang mane pun.
dengan coach debat yg terunggul.smile yaww. :D
okay, aku tengah cover tu knonnye tak nampak yg abg izzat tengah snap pic. haktuiiii, ngade betui kan. *padahal sebenarnye aku malu ade org nak tgkap gmbar aku. auwww~ :D 
comeinyeeeee aku kan? haha. aku la yg berpesyen paling "makcik" antara semua. bak kata khairul sobsobs. 

"salah ke xikut pesyen perkembangan terkini..?? " *smbil buat muka suci bajet comey* 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni :D
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SELAMAT HARI RAYA KORANG ! 
UKHWAH FILLAH.  :)

29 August 2011

nak nyanyi lagu hari jadi ke lagu raya ni?

HYE YAYAH !
Haippp, apasal aku tanya soklan cam gitu ek? hehe. sebabnye saje aku nak hebohkan cerita yg pada tanggal 29 ogos 2011 ni adalah tarikh hari lahir aku. haha. so, hagak-hagaknye patut nak nyanyi lagu raya ke lagu hari jadik ni? ngeh3. alhamdulilla setelah beristikarah &berijtihad ape kate kite nyanyi lagu negaraku dan jalur gemilang! yelah, lagi 2hari dah nak merdeka. :D
aku semangat patriotik. kau ade?

Baru kejap tadi isi perut makan kepsi. kebetulan pulak ibu ada kupon & tetibe bermurah hati nak belanja sahur makan kepsi. hahah. erkkk~ ALHAMDULILLAH. rezeki 29ramadhan. :D

Emmm, btw thank you kat semua yang wish birthday aku kat henpon atau pesbuk. like byk2 lah! biar belambak notification, hahah. and..special thanks untuk amirul yang buat entri wish happy birthday utk aku kat belog die. dah la aku ni hati kiut so memang terharu sungguh. smpai meleleh hingus and ayaq mata. serkhh sekhh.. *bunyik hingus keluaq*

Harapan aku sepanjang 18tahun hidup dlm nikmat &rahmat Allah yg terbentang luas..dlm malam 29ramadhan 1432 yg barakah ni jugak..aku berharap akan jadik insan yg lebih baik utk agama dan negara. berdoa agar dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat. dipermurahkan rezeki. $$$$. heee. jadik anak , kakak , kawan n student yang solehah , cemerlang , gemilang & terrrrrrrrrrrbaikkkkk ! haha. aminnn. doakan aku yek ! :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni :D
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

26 August 2011

rumah kata mari.. uia kata pergi..

HYE YAYAH !

Hari ni student semua dok pakat nak angkat kaki untuk berambuih keluar dari uia. tadi balik dari usrah, aku tengok ramainya manusia dok tarik beg sambil tersengih2 tunjuk muka eksaited. kononya nak bagitau betapa bahagianya diorang balik rumah dulu utk berhari raya. helehhh..

Aku? bahagia kebendanye kan..kalau eksaimen belambak2, tambah pulak tak hapai lagi surah al-furqan. risau tak sempat , minggu depan dah nak kene tasmi'. ==" haihh..tengah nak pack barang2, aku terpikir kalau aku cume hangat2 tahik ayam je bawak buku segala bagai tapi hapah pun tak buat. sadisssss kan?
The thing is, jangan jadik hipokrit dengan diri sendiri la. bawak balik buku setakat yang kau mampu. takpaya nak tunjuk semangat sangatlah kan sampai nak bawak balik segala jenis buku tapi lastnye satu pun tarak bukak. haha. itu namanya membuang segala tenaga dan kudrat.

Tapi bila pikir doplohnam kali, sekurang2nye baguih jugak la sebab kau ada niat nak baca kan? niat tu yg penting. alhamdulillah la kesedaran sivik tu masih ada. budaya kita wajah kita okay. daripada student yg balik cuti , tapi hapah satu buku pun tak bawak walaupun eksaimen tu bertimbun2 lagi tinggi dari klcc. tu nampak sangat hang memang jenis yg sangat tak sedar diri , sangat over-confident or sangat genius. or....maybe sangat bajet genius..:P

Jadi, pikir2kan dan selamat bercuti raya :D 
Roommates aku dua2 dah berambuih. rasa sunyi giler kut takda diorang. pasang pulak lagu raya "pulanglah" yang aishah nyanyi tu. haduh makkkkk mertuaku, aku yang macho ni pun boleh menetes air mata kut. al maklum lah, ayat je macho tapi hati aku kiuuttttttt bermerah jambu. >___< ahakhakhak~ *haha*

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni :D
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


22 August 2011

Laa..senang rupanye nak totop aurat ni..

HYE YAYAH !

Sekarang ni orang asyik dok bahas &gadoh pasai gaya pesyen atau etika pemakaian wanita muslim yang betul-betul ho liau.

Orang selalu cakap.. *ayat common*

" asalkan tutup aurat..biarla nak berpesyen pun , bukannye salah pun .." 

" pompuan xboleh lari dari pesyen .. sape tanok nampak cantik .."

" nak ikut peredaran fesyen terkini pun salah ke?? janji tutup sepenuhnye okay la .."

"kene la tau berpesyen .. mcm xsesuai bila ada meeting or dinner kat hotel pakai tudung biasa je .. nampak selekeh la.."

Isu ni memang hot kalau nak dibahaskan.. betul tak? lagi2 dah makin ramai sekarang ni yang start pakai turban macam yuna pakai tu.. tudung siti , tudung syiria , tudung awning , shawl & hana tajima dan tudung saji..

tudung saji pesyen totop sebelah mata.
tudung saji : gambar hiasan. =D

Straight to the point , orang selalu tanya tudung macam ni okay x? baju ni okay tak? so, ni jawapan paling mudah..

"MACAM MANA PAKAIAN YANG DIBENARKAN UNTUK TUNAIKAN SOLAT, MACAM TU LAH PAKAIAN MENUTUP AURAT YANG MENGIKUT SYARIAT ISLAM. KALAU KORANG RASA PAKAIAN KORANG TU TAK SESUAI UNTUK BAWAK SOLAT. ITU MAKNANYA PAKAIAN KORANG ADA SOMETHING WRONG.." 
Simple kan? jadi, ni la jawapan paling mudah untuk jawab semua persoalan bagi pompuan2 yang ade problem pasai etika pemakaian pesyen2 diorang tu. korang nilai je lah sendiri ye.. aku tak cakap baju macam ni tak boleh, or tudung macam ni tak boleh, haram atau berdosa kalau pakai. tapi, pakaian yang sempurna ialah pakaian yang bila kita nak solat tanpa telekung pun kita dah boleh solat. paham tak? kalau tak paham berdoalah semoga Allah diberikan hidayah untuk paham..=) 

Nak berpesyen pun , cukup lah sekadar bersederhana. jangan la nak melebih-lebih sampai menarik perhatian lelaki, dan yang paling penting, NIAT kite berpesyen. kalau niat kite berpesyen & berhias adalah untuk pamerkan kecantikan rupa paras hak milik setiap insan tu kat laki-laki ajnabi..tu TABARRUJ namanya..dan hukumnya HARAM. 
DALIL : Firman Allah dalam Al-Ahzab : 33
"janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu.."   

Tapi malangnya, zaman sekarang ni sudah ramai yang menghalalkan tabarruj dan menganggap pesyen tu sebagai "gaya muslimah islami"..dan kalau ikut akidah, kita memang tak boleh bersolek sampai mengubah keaslian rupa paras kita. seolah-olah kita telah mengubah apa yang Allah ciptakan. kalau kulit dah gelap tu toksah la bersolek tebai sampai kulit tukar jadik kelabu sebab nak nampak putih. huhu.  

Islam tu kan indah, jangan risau..masih ada tabarruj yang HALAL! iaitu berhias & bermake-up tebai-tebai soploh inci, tempek pemerah pipi dan lipstik warna seterawberi berkilat2..tudung berwarna-warni lilit kepala dan tengkok smpai ke kaki sekalipun, asalkan........................................hanya dihadapan suami. haaa..pakai la apa pun korang nak, make up la sampai jadi cantik macam mane pun asalkan untuk tatapan suami je..and automatik jadik HALAL. dapat pahala lagi, insya Allah..:)

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan di dunia ialah wanita solehah.."
p/s : maaf kalau ada yang terasa. satu tanggungjawab bagi aku untuk sebarkan perkara ni sebab ramai orang islam tak tahu & buat2 tak tahu. peringatan untuk diri aku sendiri jugak. wallahu'alam..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

18 August 2011

kaki aku patah..:(

HYE YAYAH !

Hari ni macam2 masalah timpa kat aku..pagi ni ada exam english pukul 7.30 pagi..tapi lepas subuh tadi aku terpejam terus lena and bila bangun tengok2 jam dah pukul 7.45.. rase macam mimpi je time tu..tak sangka akan jdi cmni..huhu.

Bayangkan la macam mana rush nye aku pagi tadi ke tempat exam. so, aku lari masa nak turun tangga & taktau camane kaki aku boleh tergeliat and makkkkkkkkkkkkkkk saakitt! sumpah rasa nak menjerit je..tapi aku tahan. aku pegang peluk ciom tiang dalam namploh saat cam gitu teruih aku teruskan perjalanan menuju ke tempat exam. masa tu kaki aku tak sakit sangat , jadi..aku lari lagi. sampai la kat blok E aku terus naik tangga masuk class..

tok tok tokkkk.. *adab mengetuk pintu bila datang lambat..

okay..masa tu exam dah start and madam terus pandang muka aku dengan pandangan yang terkejot comey die..

"homakkau , ainnur...kenapa??? kenapa lambat..????" 

"sorry madam..roommates saya punye makcik punye cafe kat uia ni punye kucing die terberanak dalam cafe jadi die punye le terkejut sampai die punye jantung sakit...bla bla bla.." macho je aku jawab. :P

okay tipu...=='

"madam..saya tertido lepas solat subuh tadi..sorry..T.T " smbil buat muka seposen pun tak laku..sadissssss.

so , madam redha je dengar penjelaan aku & aku pun cari tempat duduk & terus jawab exam dengan sebijak2nya.. tapi , tetibe..

kaki aku sakitttttttttttttttttttt balik! watdeeeeee.. kenapa tiba2 kau jadi sakit? tadi okay je..uwaaa uwekkkk. memang terseksa jiwa raga bakul basket recycle bin & zahir batin aku masa jawab exam tadi. dah la lewat 35minit. dush~

Then , aku jawab objektif and soklan 1..soklan graph. dong dang dong dang dah siap..mase tu jam pukui 9.30 dah..tapi peksa habis pukui 10.30. terasa genius pulak kan sebab aku dah abis jawab wlaupun msuk lmbat.. tapi aku pelik.. "aikkk,macam sikit je soklan.. takde soklan essay ke?" jadi aku pun nekad utk bersangka baik yg madam saje tak bagi soklan essay..so, mase tu rase macam syukur giler la kan sebab takde essay nak kene buat. yihaaaaaaaa..! emmmm....tapi...

tak sampai beberapa minit..aku baru tersedar yang madam ade tulis soklan 2 yakni soklan essay di whiteboard..what????kenape la jadi lagu ni..awat tak jadi lagu kita ka..lagu negaraku ka..sobsobss. masa tu pulak jam taktau knape jalan laju sangat tiba-tiba je dah jadi pukui 10..grr..==' aku pun terus bangun pi keluar ambek spek mata..and guess what? "tahniah..spek mata kau tertinggal! " arghhhhhhhhhhh...tension betoi la..semua tak jadi pagi ni..T.T

then , aku terus masuk class balik. duduk kat kerusi..terus pusing belakang.. "woih..bak mai sat jawapan spek mata kau.." terkejot kera biawak kawan aku tetibe aku pusing mintak spek.. sapa suh kau pakai spek & dok belakang aku..nasib ah..=='

kau bayangkan la aku jawab soklan essay pasai preserve environment tu dalam masa kurang dari 25minit.. aku buat 4 perenggan je..2isi. tu pun nasib baik laju pulak idea tu nak datang..alhamdulillah Allah bantu aku..tepat jam 10.30a.m. masa pun tamat..& semua budak dah keluar kecuali aku. saje aku dok buat donno tunggu sampai madam halau aku keluar..:P

"okay ainnur..time's up.." 

ceh, aku pun bangun nak pi bagi kertas kat madam. sekali kau..ibuu bapakkkkk nenek atokkk datuk A, B, C..sakitt kaki! tapi..aku kan macho so aku tahan je. sampai je kat depan block C ape lagi..uwaaaa uweeekkkkkkkk serk serk..aku meraung macam baru dapat tau bakal suami terchinta mati kene langgar lori tahik je. *ade ke bakal suami? ade ke lori angkut taik? puihh~ =='
haloh..haloh..sedihnye..kecik2 dah jadi janda..:P

Pastu taktau datang dari celah mana , tetibe je kawan2 aku nampak & terus diorang dukong papah nak bawak pegi class BTQ (basic themes of the al-quran). aku ingat nak skip je , tapi hari ni pulak ada presentation.. bayangkan la aku present pasai tajuk Sabar tadi sambil duduk..memang sabar jela kan~ huhu. siap pakai microphone lagi. perghh! rase macam nak karaoke je time tu..orang lain semua dok berdiri aku sorang je kurang upaya kene duduk..huhu. sadiss.

Dan sampai sekarang kaki aku still sakit..nak jalan pun tak boleh..kene ade kawan dukong papah..sobsobss. esok aku x-ray..harap2 tak patah/retak. aku nak raya dengan kaki yg sihat. huhu.
*ibuuuuuuu..nak balikkkkkkkk rumah. sobsobs. :(


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Dia mdapat (pahala) dari (kebajikan) yg dikerjakannyadan dia mdapat seksa dari kejahatan yg diperbuatnya. mereka berdoa 
'Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami , jgnlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan pada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau pikulkan kepada kami apa yg tidak snggup kami memikulnya. maafkan kami , ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir.' " 
 (surah al-baqarah 2:286)

11 August 2011

oh lelaki , kau nak yang mana?

HYE YAYAH !

Aku selalu dengar orang kata..orang yang beriman & budiman menilai kecantikan seseorang pada akhlak & agama. tapi sejujurnya..aku rasa mana ada lelaki yang tak nak perempuan cantik khususnya untuk dijadikan isteri. kan kan? baik mana pun lelaki tu tentu dia nak yang putih2 & sedap mata memandang..

Dulu masa aku pergi tamrin, ada seorang ustaz ini cakap pasal calon isteri..dia gambarkan dua keadaan :

A. perempuan ni cantik. tapi perangai teruk, liar, tak pakai tudung, seksi, seksa, bla bla bla. *semua yang negatif laa..*


B. perempuan ni tak cantik.. kulit gelap , gigi jongang.. ustaz tu memang menggambarkan sorang yang senang cakap memang buruk la..==' tapi didikan agama dia tip top, bertudung labuh. sangat-sangat baik & budi pekerti akhlak terpuji. hee..
Then, ustaz tu tanya kat lelaki-laki yang join tamrin tu.." mana satu pilihan kamu.. ? "

And seperti yang dijangka kebanyakannya semua sentap dengan muka yang berkerut2 doploh line sambil tunduk main-main jari dan kuis-kuis kaki.. " aaaaa.. aaaa... " hahaha..semuanya speechless kut.. dewan yang tadi meriah huha huha terus senyap sekejap.

Disebabkan lama sangat tunggu dalam doploh saat camgitu, ustaz tu terus tanya kat sorang lelaki bertuah ni.. " kamu nak yang mane ? jujur.. " 

Heh heh.. korang rasa dia jawab yang mana ? haihh.. aku bukan la nak bersangka buruk tapi kalau dia jawab nak B.. emmm..macam auta je kan ? yeke dia ikhlas dan betul2 sanggup ? emmm..=='

" saya nak yang A.. "

Woooo.. memang jawapan yang berani pengsan la kan sebab aku ingatkan dia nak bagi jawapan bajet
" emm.. saya sanggup ambil yang B sebab saya langsung tak pandang paras rupa bla bla bla.. uhuk2.. " ecehh.. =='

Masa tu dewan terus huha huha bila dengar jawapan lelaki tu , terus lelaki tu sambung lagi.. " sebab..saya nak ubah dia dan bentuk dia jadi wanita yang solehah.. "

Perrrhhhhh..! ayat hebakkkk kan.. tersentuh ke jiwa dan sanubari aku bila dengar niat ikhlas dia tu.. hahaha..

Tapi pape pun kira okay la sebab dia jujur kan.. sebab ada lelaki yang pada mulanya dengan suara lantang dan berkobar2 semangat wajanya jawab " B.. B.. " tapi bila ustaz tu suruh angkat tangan sorang pun tarak angkat.. :-/

Tapi aku akui.. fitrah lelaki memang sukakan kecantikan kan.. emm.. okay.. memang aku dah target dapat suami tak hensem pun.. haha..

Tapi kan.. jangan ingat lelaki je yang memilih.. perempuan sekarang pun memilih jugak.. tapi bagi aku bukan memilih pada rupa.. zaman sekarang ni kalau muka hensem , bergaya sakai sakan & hati kiut pun tapi kerja kejap ada kejap tak macam chipsmore.. bila tanya pulak pasai agama tergagap2 sampai menggigil lutut macam masa jawab spm dulu.. nak buat apa ? haih..
Tapi memang perempuan sekarang ni idamkan lelaki yang berkualiti.. yang baik ilmu agama dan dunia.. sebab tu abah aku pernah cakap "cuma ada 2 harta yang abah boleh tinggalkan kat akak iaitu ilmu dan agama.. " betul laa tu.. kita hidup kat dunia ni bukan selama-lamanya kan.. harta banyak , isteri cantik , rumah besar pun bukan boleh bawak masuk kubur.. ilmu dan amalam kita yang akan jadi bekalan di akhirat nanti.. jadi , carilah pendamping hidup yang soleh solehah supaya dia dapat membantu dan permudahkan jalan kita menggapai syurga.. aminn.. :)
**tapi , kalau nak yang baik , haruslah jadikan diri kita baik dulu kan ? diri kita menggambarkan bagaimana teman hidup kita nanti.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.. =)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------