klik klik !

26 July 2011

Jom join persatuan blogger remaja malaysia!

HYE YAYAH !

Aku dipaksa nak promote blog ketua biro aku ; Farid . ahaha.
ni blog farid tu. 

Jadi. sebagai tanda kasih sayang penghormatan, aku panggil dia "beliau" la kan. lagipun nanti RTM nak interview dia masuk tv pasal blog PBRM ni. waaaaa..hebat kan? ehehe. ini lah blog yang beliau tubuhkan --> persatuan blogger remaja malaysia (PBRM). blog ni masih baru jugak dan masih mencari ahli seramai yang boleh. jom la joinnnnnnnnnnnnn ^^ serious tak rugi. farid ni hensem~ ahaha! tiba-tiba je.
Terbuka kepada semua blogger dari umur 10 tahun sampai laaaa..20 tahun. dan kalau yang umur terlebih 20 pun, tapi nak follow blog ni..boleh je. dialu-alukan. :)

Antara tujuan persatuan ni ditubuhkan untuk :
1)Mengumpulkan semua blogger remaja.

2)Mengadakan aktiviti antara ahli. Aktiviti akan dirancang mengikut keperluan dan musim.

3)Membuat pertandingan persatuan seperti pertandingan puisi,cerpen,cerita agama,video pendek atau banner.

4)Memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada blogger muda. Kepada semua blogger yang baru membuat blog, ahli persatuan ini sedia membantu untuk apa-apa pertanyaan.

5)Memberi anugerah kecemerlangan kepada blogger pada setiap 6 bulan.

6)Bertukar-tukar pandangan serta berkenalan sesama blogger remaja di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.


Marilah kita bersama-sama menyokong blogger tempatan! perhhhhhhhhh..ayat aku hebakkkkkkkk kan? :D

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

25 July 2011

macam mana nak pakai shawl??

HYE YAYAH !

Cakap pasal shawl ni. jauh disudut hati dan sanubari, sebenarnya pernah jugak teringin nak pakai. ekekeke. nak tengok macam mane hodoh la kan jadinya bila aku pakai shawl. tengok orang lain pakai comel molek belako. haritu masa abah hantar lappy kat uia ni, kakak sedara aku ada bagi shawl sekali. mula-mulanya aku ingatkan kain lapik meja. muahahaha. sebab macam pelik je , kecik pulak tu. bila aku tanya roomate aku ; putri , dia kata tu shawl. sebab putri pernah pakai so, ilmu dia lebih dari aku bab-bab shawl@pashmina ni. hahahaha. nampak sangat aku ketinggalan zaman kan. :P

Satu hari ni..aku tak sengaja ter-cuba pakai shawl. haha. tapi pakai dalam bilik jela..sebab bagi aku shawl tu pendek sangat. ==' yelaaa, tudung tak cukup kain ni..pakai buat lapik kaki boleh la. :P

taraaaaaaa.....

err..ni bukan aku. hahahaha. 

comel kan buah hati aku? dia ni lelaki okayyy. haha! namanya muhammad ammar. tapi saja aku buat experiment pakaikan dia tudung. comei kan kan? *rindu ammar. :'(

ummm... sekarang..sudah tiba masanya untuk menyediakan baldi & bersiap sedia me-muntahkan muntah kelabu campur pink campur indigo campur hijau kulat..









err...aku rasa baik berambus dari belog ini sekarang jugakk..








nanti menyesal... siyes aku tak tipu... =='








errrr..=='










saje aku kecikkan. hahaha! aku baru start nak ternak jerawat~ 

Nampk sangat jakun + excited terlebih pakai mendalah ni. errr..aku tak reti pakai dan takan pakai dah. huduh gilerr muka aku. dah la pakai serabai, selekeh dan tak senereh. umm, rupa-rupanya ni la rasa pakai tudung balut kepala tu erk. ehehehe. seriously, ni yang pertama dan terakhir aku pakai. sumpah~ haha.

Jangan kutukkkkk ek. aku tengah tension exam mid sem ni...dah la muka aku dah mula hinggap jerawat..kenapa? kenapaaa? kenapaaaaaaaaaaaa? ahhh, apa salah aku pada kau. mengapa ini semua terjadiiiii !*gara-gara jerawat effect terus ke otak. kritikal sungguh~ =='

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

22 July 2011

segmen : aku ingin diskodeng abang stalker.

HYE YAYAH !

walaweh ! ingin diskodeng abang stalker gitewwww~ hahak. :D
sekali sekala kene skodeng ape salahnye kan. hahaha.

jum stalk belog abang stalker ni pulakkk. macam-macam adaaaa. hehe. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

21 July 2011

kenapa nak post entri selalu??

Huaaaaaaahhh. comei kan aku menguap. *err.. =='

Pagi ini sungguh sempurna, matahari terbit begitu indah, deruan ombak kedengaran, burung-burung berkicauan, unggas-unggas berterbangan, daun-daunan dihiasi embunan pagi, ayam berkokok, *kok kok kok koko!*  hahaha.

Okay lah, berbalik kepada tajuk di atas, kenapa nak kene post entri selalu? aku selalu jarang post entri, takde masalah punngggg. jadi apa masalahnya? dan adakah menjadi satu masalah bila aku tak post entri? jadi, masalah apa sebenarnya yang cuba aku timbulkan disini? ada ke masalahnya kalau selalu nak post entri pun? bermasalah ke masalah tu? masalahnya..yang sebenarnya tiada masalah pun yang timbul. paham tak masalah aku sekarang ni? haa..bagusssss! habis selesai satu masalah.

>____< sorry, aku bermasalah sikit harini. *effect makan maggie bekfes tadi. :D

umm..actually aku just nak cakap.. 











GOODMORNING

mulakan harimu dengan senyuman manisssss walaupun korang takda lesung pipit sesweet macam aku. muahahah. :D

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13 July 2011

gambar HOT di Uia ! haha.

HYE YAYAH !

Sepanjang kat cfs iium ni ,aku nak kebumikan abadikan beberapa gambar masa aku kat sini. hehe. tapi semua gambar ni pun time aku ada program je, kalau nak tunggu aku saja-saja posing tangkap gambar depan pintu masuk cfs ke or mana-mana port terbaikkk ,err..jangan harap lah kan. aku kan busy. haha. *but seriously busy doe. =.='

Ni gambar masa dekat UPM , ada Pesta Cakna Hujah (PECAH)

UPM :)
rafidah, syahida and aku. masa ni team aku dah habis debat. tengok team debat uia yang lain pulak lawan.
Saifullah. hebat. :)
classmate aku. Asyraf, hebat gakkk. :)
kusyuk kan? hekhek.
tersengih-sengih dengan Sara si childish. hehe. 
bergambar dengan semua budak PECAH UIA. :)

Ini pulak time on the way ke Nilai untuk demo debat. Posing jap dengan Presiden kelab debat ; bro Syamsul. hehehehe. :P
bro syamsul, aku, sara & syidah. *tema PJ : pink hitam !
habis debat terus teruja posing depan kamera. :D 

Ni pulak masa secangkir kasih dinner , dean's cup debating championship 2011.
setiap committee kelab debat dapat ni. 
sepatutnya ada karpet merah. sobss. 
semua committee kelab debat.

aku sub-committee FSCC (foundation student coordination council)
haritu interview aku mintak under bereau culture & arts. hehe. Farid ketua biro, so sonang sikit keje. ngayat sikit je terus dapat jadik assistant die ! hahaha. *gurau~ :D
adik Farid ni ; Wajdi. kenal x? yang menang Adik-Adikku TV1 musim pertama tu. hehe.

Ni pulak gambar classmates aku. credit to hanis nabila ; photographer class kami. :D
fadhilah, zurain, hidayah & syuhada. :D
hidayah & farah. comel kan? :)
ni Ain dari Sabah. :)
Badrul : leader group aku untuk subjek Law & Society. Dia dapat IPG, nak pergi Beijing nanti.
Ella , penCERIA class kiteorang. :D
Ni masa Asyraf and Nudi kene berforum. aku buat tajuk effects of reading comics. :)
err...sape ni? hahaha. :D

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

06 July 2011

Cara-cara buat roommates anda jadik GILA ! :D

HYE YAYAH !

Disini ada beberapa cara TERBAIKKKK *boboiboy* untuk buat roommates anda jadik GILAA ataupun perkataan lebih santunnya iaitu kurang waras. boleh diamalkan selalu bagi yang banyak masa terbuang dan yang ingin membuang masa. :D 

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takda orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pergi tidur.  

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati  "horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg..”

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 4-5 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap. 


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul ! kalah lagi..”


8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.


11. Bila roommate anda balik, berpura-pura tengah cakap telefon. Caci maki dan menjerit dengan sekuat hati kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate yang telefon tadi tu mak dia dan mak dia akan telefon balik nanti.

12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai yang berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. 

13. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

14. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang/popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

15. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah baring.

16. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile roommate terjaga pakat buat tak nampak apa-apa.

17. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok atas katil ada mayat.

KESIAN , TERIMA KASIH. HAHAHA ! :D 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*copy & paste daripada cfs iium chatting group. hehe.

01 July 2011

Kisah roomates aku yang dot dot dot..

HYE YAYAH !
Harini aku nak selongkar kisah dua ekor orang roomates aku kat uia ni.. hah,mesti ada yang teruja nak tahu ni. siapa yang berminat boleh lah hantar resume pada aku nanti erk. haha. uhm,dah nama pun ROOMmate so,for sure lah perempuan kan. sebab apa? sebab aku pun perempuan..kan kan? *errr..knapa aku buat tanda soal.haha* confirm lah perempuan. aishh =.='

Uhm, kiteorang duduk satu bilik 3orang. diorang berdua dah masuk awal daripada aku. so, masa aku first check in dalam bilik agak 'dingin' jugak lah. yelah, cakap pun ber'saya-saya'. haha. skema sungguh ! :D then, bila dah masuk hari-hari berikutnya segala macam nama aku, ko, hang, beruk, kera, baby semua keluar. yelah, dah makin erat lah katakan. hahaha.


Diorang ni rapat sejak keluar dari perut mak masing-masing. tapi ,selepas aku muncul dalam hidup diorang, aku telah menjadi rebutan. sahabat akrab yang dahulunya seperti kembar tak seiras kini sering maki-memaki, cubit-mencubit dan bertikam pisau lidah kerana masing-masing nak rapat dengan aku. ish ish. =.='
beginilah contoh aksi ganas diorang bila bergaduh. kadang-kadang lebih teruk pun ada. sampai tercabut-cabut kepala kasut sebab nak lawan baling-baling kat muka. ish ish lagi. =.='




BHAHAHAHAHAHAH ! puiiihhhhhhh ! nampak beno nipunye~

Okay lah, straight to the point..inilah manusia yang bertuah kerana dapat rommate cute macam aku :D

1. PUTRI NOOR SYAMIMI.
Dia memang cantik & sangat lemah-lembut. auww~ so, kalau pasal peminat tu kau toksah cakap lah belambak-lambak lelaki berebut dia. cuma kurang sikit je daripada peminat-peminat aku. *sungguh tipu. HAHAH !
jum pergi skodeng kat blog dia.--> (http://tenoctober1993.blogspot.com/) hihi. 

2. NUR FASYAREENA. *bukan fasha sandha okay. nanti dia marah. haha. :P

Fasya senget sandha ni sangat cool. aku beria lah awal-awal dulu pergi class pakai kad matrik , kasut hitam reben-reben tapi dia selumber yaya je tak pakai kad matrik and dengan segala bangganya redah depan lecturer dengan sneakers pink dia tuh! ish ish. nasib baik muka baik. haha.

|
|
|
|
|
|
V

ni kasut si fasya tuh. tapi ops, ini bukan sneakers pink dia tu. saje tunjuk. HAHA.

Fasya ni nampak je macam rendah tapi masa medical check up haritu tinggi dia 157cm and paling mengejutkan sebab tinggi dia lebih daripada aku. *maksudnya aku pendek kurang tinggi sikit daripada dia lah. grr~ =.='

Uhm, tapi sejujurnya aku syukurlah dapat roommate macam diorang. bagi aku, dua-dua ekor budak nogori sombilan ni garang tegas. hehe. sebab diorang akan marah bertegas dengan aku kalau aku tak makan, kalau aku sakit and kalau dot dot dot..hehe. tapi biasalah kan, marah tandanya sayang. *ayat common.haha*
_______________________________________________________________________________
♥ To Fasya and Putri ♥ :

Hope persahabatan ini akan kekal even nanti bila sambung degree aku ke Gombak korang pulak ke Kuantan. *terpisah zahir dan batin.* =.=' jadi, sepanjang 2tahun di cfs ni, layan lah aku baik-baik ye. nanti dah tak dapat nak layan aku dah. mesti hidup korang boring nanti kan..dah tak dapat dengar gelak ketawa aku yang kiut and suara aku nyanyi yang merdu. hehehe. :P

You all ROCKK ! terbaik dari noghori sombilan. :D

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih sudi baca entri sengal ni^^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : header aku hilangggggggg ! damn. =.='